Page 16 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 16
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
3.5 Guru hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pengetua terlebih dahulu sebelum
meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang
disediakan dalam garis panduan ini;
3.6 Kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan menyelesaikan
urusan peribadi guru yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Guru hendaklah
memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawab sekiranya urusan
persendirian tersebut boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau
perkhidmatan yang disediakan di luar waktu bekerja;
3.7 Pengetua hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran
kepada guru meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan peribadi
setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan;
3.8 Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam
waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu
bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh
meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada
hari tersebut, guru dikehendaki mengambil cuti rehat atau cuti lain yang
berkelayakan;
3.9 Guru yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/ hospital dikehendaki
mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan
atau doktor untuk mengesahkan bahawa guru mendapatkan rawatan di klinik /
hospital berkenaan dalam tempoh tersebut dan perlu menggantikan waktu tersebut.
3.10 Tempoh guru dibenarkan meninggalkan pejabat dianggap sebagai Cuti Sakit jika
guru disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai
perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan;
3.11 Pengetua boleh menetapkan bahawa guru perlu menggantikan semula tempoh
waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya
supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas; dan
3.12 Pengetua hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak
disalahgunakan oleh guru terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya.
4. Cuti
4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046, SJ/A/ (30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
menggantikan cuti rehat. Guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-
tugas seharian daripada tugas mengajar.
4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Guru-guru dan staf sokongan sekolah yang tidak hadir bertugas kerana sakit
hendaklah memberitahu Pengetua mengikut tatacara berikut;
a) Menelefon segera pengetua
b) Setelah mendapat kelulusan Pengetua, menelefon PK Pentadbiran / PK
Petang dan pejabat untuk tujuan rekod dan penyediaan ' relief '.
16

