Page 26 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 26
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
31 Penggunaan Alat – alat
a. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
b. Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
c. Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali
dengan segera serta berkeadaan baik.
d. Jika rosak hendaklah dilaporkan serta merta dan menggantikannya jika perlu.
32 Arahan dari Pekeliling
a. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
b. Sekiranya arahan dan surat pekeliling diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.
c. Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian/ Jabatan Pendidikan / PPD, guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat setelah diambil tindakannya.
d. Sekiranya guru ingkar arahan Pengetua tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
e. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan hal tentang perjawatan
mereka dibereskan tanpa sebarang masalah
33 Telefon / Fax
a. Penggunaan telefon/ fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah
menggunakan telefon sendiri untuk urusan peribadi.
b. Guru mestilah menjawab panggilan atau memberikan maklum balas segera
sekiranya dihubungi oleh pihak sekolah atau pentadbir.
34 Kunci
a. Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
b. Guru tidak dibenarkan menyimpan kunci bilik-bilik khas. Guru perlu mengambil
kunci di pejabat dan memulangkannya setelah menggunakan bilik tersebut.
35 Acara atau Majlis Sekolah
a. Semua guru dikehendaki hadir di dalam semua majlis dan acara rasmi sekolah.
b. Guru boleh dipanggil untuk bertugas/ mesyuarat/ kursus/ bengkel/ dll. pada mana-
mana Sabtu minggu ke-2 dan minggu ke-4 setiap bulan.
c. Jika guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mesti
menulis surat rasmi kepada Pengetua terlebih dahulu dan memohon cuti.
26

