Page 21 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 21
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
13 Catatan Kehadiran Murid
13.1 Guru Tingkatan adalah bertanggungjawab mencatat kehadiran murid kelasnya
sendiri. Guru mengambil kehadiran murid di tapak perhimpunan setiap hari
Tanggungjawab ini tidak boleh diserahkan kepada murid.
13.2 Catatan Kehadiran Murid hendaklah dihantar ke pejabat sebelum jam 8.00 pagi
( sesi pagi ) dan sebelum 1.30 petang ( sesi petang )
13.3 Murid yang hadir lewat mesti dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kehadiran di
pejabat dan dikira hadir (sebelum jam 9.30 pagi).
13.4 Guru Tingkatan perlu mendapat bukti tentang sebab murid tidak dapat hadir ke
sekolah. Misalnya, sijil sakit daripada doktor atau surat ibu bapa / penjaga yang
sah.
13.5 Guru-guru tingkatan harus sentiasa memeriksa kehadiran murid untuk proses
mengeluarkan surat-surat amaran ponteng atau amaran buang kerana tidak
hadir ke sekolah .
13.6 Guru Tingkatan dikehendaki mengeluarkan surat amaran kepada ibubapa atau
penjaga mengikut prosedur dalam APDM . Dalam kes ini, guru-guru tingkatan diminta
menghubungi ibu bapa atau penjaga melalui telefon jika murid kerap tidak hadir ke
sekolah.
13.7 Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab
mengambil dan menandakan kehadiran murid.
13.8 Semua surat, sijil sakit dan edaran lain hendaklah disusun rapi di dalam fail guru.
13.9 Pada setiap akhir bulan, guru-guru tingkatan perlu menyediakan analisis kehadiran
bulanan mengikut kaum dan jantina yang perlu diserahkan kepada pejabat untuk
Analisis Kehadiran Sekolah pada setiap bulan.
13.10 Cara mengisi kehadiran murid :
13.7.1 Murid hadir : tandakan /
13.7.2 Murid tidak hadir ada kenyataan : tandakan K
13.7.3 Murid tidak hadir tanpa kenyataan : tandakan O
13.7.4 Murid lewat : tandakan L
13.7.5 Murid digantung persekolahannya : tandakan G
13.7.6 Murid wakil sekolah : tandakan W
13.7.7 Murid dibuang sekolah : garis dan tulis DIBUANG dan
catatkan maklumatnya.
13.7.8 Murid berhenti/pindah : garis dan tulis BERHENTI atau
PINDAH dan catatkan maklumat dibelakang
13.7.9 Kelas yang dikecualikan hadir : tandakan K
13.11 Alamat dan nombor telefon murid sentiasa perlu dikemaskini dalam APDM.
14 Sijil Berhenti Sekolah
a) Guru-guru Tingkatan 5 hendaklah menyediakan borang-borang Sijil Berhenti Sekolah dan
Sijil Akuan sebelum sekolah ditutup akhir tahun. Borang-borang yang telah diisi lengkap dan
disemak dengan teliti hendaklah diserahkan ke pejabat pada tarikh yang ditetapkan.
b) Pastikan semua keterangan adalah benar dan tepat.
c) Murid yang gagal membayar yuran atau berhutang kepada sekolah atau belum
memulangkan buku pinjaman SPBT hendaklah dimaklumkan kepada pejabat untuk tindakan
selanjutnya.
21

