Page 23 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 23
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
18 Kebersihan
a. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
murid.
b. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan
selamat.
c. Sebelum memulakan pengajaran dan akhir setiap pengajaran, pastikan kelas bersih,
kemas dan teratur.
d. Murid-murid diingatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata dan hendaklah
sentiasa menggunakan tong sampah.
e. Pastikan semua murid sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti membersihkan dan
menceriakan di dalam atau di luar bilik darjahnya.
f. Murid-murid yang membuang sampah sebarangan hendaklah ditegur serta-merta
dan dinasihatkan supaya tidak melakukannya lagi.
g. Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik
kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
19 Surat Menyurat
a. Semua surat rasmi hendaklah melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.
b. ‘Letter Head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua dan tidak
boleh digunakan dalam urusan peribadi.
20 Surat Yang Diterima
a. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-
surat tersebut.
b. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan pada
Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
c. Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
i. Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam
simpanannya.
ii. Mengambil tindakan yang diperlukan.
iii. Memulangkan semula fail itu ke pejabat.
21 Pergi ke Jabatan Pelajaran/ Pejabat Pendidikan Daerah
a. Guru-guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan
Pelajaran untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan/ penjawatan tanpa kebenaran
Pengetua.
b. Guru yang dibenarkan berjumpa pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah
atau Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki membawa surat pengenalan diri yang
ditandatangani oleh Pengetua.
c. Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD /
JPN.
23

