Page 25 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 25
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
26 Mesyuarat Guru
a. Semua guru dimestikan menghadiri mesyuarat guru. Sekiranya seseorang itu tidak
dapat hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan
hendaklah membuat surat rasmi kepada Pengetua (sekurang-kurangnya sehari
sebelum mesyuarat diadakan).
b. Guru-guru juga wajib hadir mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil oleh ketua-ketua
Unit/Bahagian/Panitia Mata Pelajaran / Setiausaha Sukan dan sebagainya.
c. Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan
Pengetua, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun
berlainan pendapat.
d. Semua guru mesti menepati masa mesyuarat.
e. Guru yang menghadiri mesyuarat/ bengkel/ kursus/ taklimat / seminar di luar sekolah
hendaklah menyediakan minit curai dan diserahkan kepada pengetua dalam tempoh
14 hari.
27 Buku Stok / Inventori
a. Guru Kanan atau Ketua Panitia, Guru Media bertanggungjawab menguruskan buku
stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke
semasa oleh Pengetua/Penolong Kanan/ Juruaudit Dalaman
28 Tanda Nama
a. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi
sekolah/di luar sekolah.
b. Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan.
29 Keahlian Kelab Guru / PIBG
a. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
b. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.
30 Menyertai Persatuan Guru / Yayasan Guru
Demi kepentingan Perkhidmatan Pendidikan dan Profesion Perguruan, guru-guru adalah
dinasihatkan supaya menjadi ahli kepada persatuan-persatuan berikut:
a. Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPKPPM)
yang dikhaskan kepada guru siswazah.
b. Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) iaitu untuk
semua guru dan staf sokongan Perkhidmatan Pendidikan.
c. Lain-lain kesatuan/ persatuan yang diiktiraf.
25

