Page 24 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 24
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
22 Pelawat
a. Setiap pelawat yang datang ke sekolah ini dikehendaki mendaftarkan namanya di
pondok pengawal dalam Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan kebenaran
pengetua
b. Pelawat yang mendapat kebenaran untuk berjumpa guru atau murid diberikan satu
surat kebenaran atau pas pelawat untuk hari berkenaan sahaja. Adalah menjadi
tanggungjawab guru mengarahkan orang berkenaan pergi berjumpa Pengetua /
wakilnya sekiranya surat kebenaran tidak ditunjukkan.
c. Orang luar dilarang berjumpa guru atau murid di bilik-bilik kelas atau semasa guru
sedang mengajar.
d. Jurujual / Agen insuran tidak dibenarkan berurusan secara terus dengan guru.
e.
23 Membeli Barang
a. Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan nota minta yang boleh diperoleh di pejabat.
b. Nota minta itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Penolong
Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
c. Segala Invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam
Buku Stok dengan Kemas.
d. Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengetua, Pembekal
dan Penerima.
24 Kegiatan Kokurikulum
a. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan teratur.
b. Kecederaan murid yang serius mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Pengetua
sebelum dihantar ke hospital.
25 Perhimpunan Sekolah
a. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan
hari yang ditetapkan.
b. Perhimpunan Minggu Ke-2 (Bahasa Inggeris) dan Perhimpunan Minggu Ke-3
(Kokurikulum) setiap bulan
c. Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negeri Johor, Lagu Negaraku,
Lagu Sekolah dan Lagu ”Aku Negaraku”.
d. Guru Perhimpunan Rasmi (AJK) dan guru bertugas mingguan dikehendaki membuat
persiapan perhimpunan rasmi dan menjaga disiplin murid.
e. Perhimpunan bermula jam 7.10 pagi hingga jam 7.50 pagi ( sesi pagi ) dan jam 12.20
tgh – 1.10 petang ( sesi petang )
24

