Page 22 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 22

Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021




                   d)  Sijil-sijil  Penghargaan,  Kecemerlangan,  Sijil  Turut  Serta  dan  sebagainya  adalah
                       dianugerahkan  kepada  murid-murid  Tingkatan  5  sahaja  atau  mana-mana  murid  yang
                       berhenti atau bertukar sekolah sahaja.
                   e)  Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan kepada murid yang tamat tingkatan 5 sahaja.

                    15  Disiplin Murid

                       a.     Setiap  guru  adalah  guru  disiplin.  Oleh  itu,  adalah  menjadi  kewajipan  semua  guru
                              memastikan  peraturan-peraturan  sekolah  terdapat  di  dalam  Buku  Panduan  dan
                              Peraturan Murid atau lain-lain peraturan dipatuhi oleh murid-murid.
                       b.     Kes-kes disiplin dan perlakuan baik perlu dimasukkan dalam sistem SSDM oleh guru
                              tingkatan/ semua guru
                       c.     Jika berlaku perlanggaran disiplin sekolah, guru-guru hendaklah menyelesaikannya
                              seberapa segera yang boleh secara berhemah. Seterusnya dilaporkan kepada Guru
                              Disiplin  /  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  /  Penolong  Kanan  Petang  /  Penolong
                              Kanan HEM/ Penolong Kanan atau Pengetua.
                       d.     Pengetua  akan  menjalankan  hukuman  yang  setimpal  dengan  kesalahan  murid
                              berpandukan peraturan-peraturan yang ada.
                       e.     Kuasa merotan mengikut surat punca kuasa yang diberi oleh pengetua sahaja.

                    16  Keselamatan Murid

                       a.     Semua guru yang mengajar sama ada di dalam kelas, di makmal, di Bilik Jahitan /
                              Masakan,  Bengkel  Kemahiran  Hidup,  di  padang  atau  di  mana  sahaja,  malah
                              bertanggungjawab  terhadap  murid-murid  di  bawah  jagaanya.  Oleh  itu,  guru
                              hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengawal dengan rapi setiap gerak-geri murid
                              supaya tidak berlaku kemalangan atau kecederaan.
                       b.     Sekiranya  berlaku  kemalangan  atau  kecederaan,  guru  yang  bertanggungjawab
                              hendaklah  mengambil  tindakan  sewajarnya  dengan  segera  dan  melaporkannya
                              kepada PK HEM, PK Petang dan Guru Bertugas.
                       c.     Pengetua  hendaklah  diberitahu  segera  sekiranya  ada  berlaku  kemalangan  /
                              kecederaan ke atas murid atau guru.
                       d.     PK HEM/ PK Petang membuat laporan ke PPD sekiranya perlu.
                       e.     Semua  Ketua  Jabatan  /  Bahagian  /  Panitia  /  Unit  adalah  bertanggungjawab
                              mengadakan  langkah-langkah  keselamatan  dan  peraturan  atau  tatacara
                              keselamatan bagi bahagian masing-masing.
                       f.     Semua  guru  bertugas  dikehendaki  menyambut  murid  di  pintu  masuk  sewaktu
                              kehadiran murid ke sekolah.


                    17  Keselamatan Harta Benda Sekolah

                       a.     Semua  guru  dikehendaki  memberi  kerjasama  sepenuhnya  dalam  menjaga
                              keselamatan  harta  benda  sekolah.  Murid  yang  merosakkan  harta  benda  sekolah
                              sama  ada  dengan  sengaja  atau  tidak  sengaja  hendaklah  dibawa  ke  pengetahuan
                              Guru Disiplin, PK HEM atau Pengetua / Penolong Kanan Petang.
                       b.     Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  dan  Ketua  Panitia  hendaklah  memastikan  ada
                              peraturan-peraturan  mengenai  penggunaan  alat-alat  dan  bilik-bilik  tertentu  seperti
                              makmal, bengkel dan lain-lain.




                                                               22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27