Page 13 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 13
94. Guru-guru masih perlu mengadakan LDP untuk membentangkan berkaitan setiap
subjek yang telah dihadiri kursus untuk KSSR SEMAKAN pada 25/11/2018-
26/11/2018 (Ahad-Isnin). Semua guru diwajibkan hadir.
95. Pn. Nurul Syuhada juga memaklumkan bahawa murid aktif dalam membaca buku dan
membuat NILAM untuk tahun 2018 ini. Penganugerahan untuk NILAM ini akan
dilaksanakan pada 22/11/2018 (Khamis).
AGENDA 6 : POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018
96. Borang laporan Peperiksaan Akhir Tahun telah diedarkan kepada setiap Ketua Panitia
untuk membuat Penilaian Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun 2018.
97. Hasil penilaian tersebut adalah seperti berikut :
1) BAHASA MELAYU
Pn. Izzahni Binti Ahmad memaklumkan bahawa berdasarkan analisis
pencapaian peperiksaan akhir tahun bagi subjek Bahasa Melayu ialah
Tahun 1 : 77.27% menguasai
Tahun 2 : 84.62% menguasai
Tahun 3 : Pemahaman 98.11% dan Penulisan 81.13% menguasai
Tahun 4 : Pemahaman 85.45% dan Penulisan 71.43% menguasai
Tahun 5 : Pemahaman 83.67% dan Penulisan 85.71% menguasai
Tahun 6 : Pemahaman 88.37% dan Penulisan 95.35% menguasai
Pn. Izzahni memaklumkan antara kelemahan murid dalam menjawab
soalan Bahasa Melayu ialah murid lemah tidak dapat menghabiskan
menjawab soalan dengan baik. Murid juga tidak boleh membina ayat
dengan baik terutama bagi murid LINUS.
Murid membina ayat yang kurang gramatis. Murid tidak mempunyai idea
menulis ayat yang berbentuk huraian. Murid juga menyalin ayat panduan
yang diberikan tanpa membuat olahan dan penambahbaikan idea terhadap
ayat tersebut.
Kekuatan dalam menjawab soalan bagi murid aras sederhana ialah murid
boleh membaca soalan dan menulis jawapan dengan baik. Sebanyak 75%
murid boleh membaca dengan baik. Kebanyakan jawapan murid menepati
13

