Page 11 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 11

xiii.   UJIAN DAN PEPERIKSAAN


                   72. PKP memaklumkan bahawa SAPS telah selesai diisi oleh semua guru dan RPCU juga

                       telah selesai diisi oleh guru matapelajaran teras yang terlibat.
                   73. PKP menegaskan supaya pemarkahan di dalam SAPS dan RPCU tidak boleh berbeza

                       dengan markah yang diterima oleh murid.
                   74. RPCU perlu diisi oleh subjek teras apabila keputusan UPSR diumumkan nanti yang

                       dijangka pada 29/11/2018 (Khamis).

                   75. S/U Peperiksaan Dalaman, Pn. Norhafizah, perlu menyediakan senarai nama murid
                       naik kelas untuk dilaksanakan pada 21/11/2018 (Rabu) selepas waktu rehat.

                   76. Pelaksanaan streaming kelas akan dilakukan mengikut skor pemarkahan murid

                       berdasarkan peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
                   77. Guru Besar mengarahkan Ustaz Nazir dan Cikgu Hafiz untuk menguruskan kelas

                       tahun 1-6 di dewan sekolah pada 21/11/2018 (Rabu) pada pukul 7.45-9.45 pagi untuk
                       guru kelas bermesyuarat bagi menyelaraskan dan mengagihkan kelas masing-masing.

                   78. PKP bertanyakan yuran peningkatan UPSR kepada guru kelas tahun 6 dan mendapati
                       masih terdapat 3 orang murid yang masih belum membuat bayaran penuh yuran

                       tersebut iaitu Daniel Tarmizi, Mohamad Naufal dan Awatif Nabihah.

                   79. Guru Besar memberi cadangan supaya bayaran yuran tersebut ditanggung oleh PIBG.
                       Pn. Siti Zawiyah memaklumkan, PIBG akan menanggung yuran tersebut sekiranya

                       murid tersebut mempunyai beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak PIBG.
                       Perkara seperti ini pernah berlaku kepada bekas murid UPSR/2017, Muhammad Akif

                       Qusyairi yang ditanggung yuran peningkatan UPSR oleh PIBG.
                   80. PKP memaklumkan pencapaian dan peratusan murid untuk peperiksaan akhir tahun

                       bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris menurun.

                   81. Pn. Faridah memaklumkan bahawa soalan berbentuk ayat panjang, murid malas untuk
                       membaca arahan soalan. Sekiranya salah di soalan pertama, soalan kedua dan ketiga

                       akan menjadi salah. Murid tidak akan dapat markah.

                   82. Cik Madihah memaklumkan subjek Bahasa Inggeris menurun disebabkan pertukaran
                       guru dan kekurangan guru BI untuk tahun 4. Murid tidak dapat fokus di dalam

                       pembelajaran.
                   83. Guru Besar menyarankan kepada semua guru supaya dapat menyediakan headcount

                       dan pelan intervensi untuk semua subjek supaya dapat mengenal pasti masalah murid
                       lemah dan meningkatkan pencapaian mereka untuk tahun 2019 nanti.


                                                            11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16