Page 10 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 10

63. Guru Besar mencadangkan supaya Ustazah Nor Hayati dan Ustaz Nazir mengadakan

                       kelas tambahan bacaan Iqra’ terhadap murid tersebut. Keluarkan surat untuk
                       memohon kebenaran mengadakan kelas tambahan. Minta ibu bapa tanda setuju / tidak

                       setuju. Sekiranya ramai ibu bapa setuju, maka kelas tambahan akan diadakan di dalam
                       cuti sekolah. Sekiranya ramai tidak setuju, kelas tambahan tersebut akan

                       ditangguhkan sehingga tahun hadapan.
                   64. Ustaz Nazir melaporkan bacaan Iqra’ murid tahun 3 juga masih lagi di dalam

                       pemantauan. Minggu pertama persekolahan nanti, guru-guru akan menyemak bacaan

                       murid untuk memastikan bacaan murid tidak mengalami masalah.


                xii.   PKB (PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI)

                       RINGKASAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
                   65. PKP memaklumkan kepada semua guru supaya menghantar fail RPH/2018 kepada

                       PKP selewat-lewatnya pada 25/11/2018 (Ahad) dan tandatangan pada borang yang
                       disediakan sebagai bukti penghantaran.

                   66. PKP meminta semua guru untuk menfailkan RPH di dalam fail putih yang akan
                       disediakan oleh pihak sekolah.

                   67. PKP mewajibkan semua guru menghantar RPH/2018 kerana RPH setiap guru akan

                       diaudit sekiranya diminta oleh pemantau.
                   68. PKP memaklumkan akan menempah fail RPH yang baharu untuk tahun 2019. Cikgu

                       Wan Anisham dan Ustaz Mansor akan menguruskan penempahan fail RPH/2019 itu
                       nanti untuk seragam penggunaan fail kepada semua guru. Harganya RM16 seorang.



                       HASIL KERJA MURID
                   69. PKP memaklumkan supaya menyerahkan semua buku atau hasil kerja murid kepada

                       murid sebelum tutup sekolah.


                       FAIL PANITIA

                   70. PKP memaklumkan kepada semua guru supaya melengkapkan fail panitia sebaiknya
                       untuk tahun 2018 dan menghantar ke dalam bilik PKP untuk semakan.

                   71. Ketua Panitia dan Setiausaha panitia perlu memastikan minit mesyuarat panitia mesti
                       lengkap sebanyak 4 kali setahun. Minit mesyuarat panitia ke 4 boleh dilaksanakan

                       selepas mesyuarat induk kurikulum ini diadakan.



                                                            10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15