Page 9 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 9

ix.   PSIKOMETRIK


                   50. Penilaian Psikometrik telah selesai dilaksanakan oleh Pn. Zubaidah.

                   51. Sijil Psikometrik untuk murid Tahun 3 telah dicetak dan diserahkan kepada ibubapa
                       semasa program jayawaris pada 18/11/2018 (Ahad).

                   52. Sijil Psikometrik untuk Tahun 6 juga telah dicetak dan akan diserahkan kepada murid
                       Tahun 6 semasa keputusan UPSR diumumkan.



                 x.    SKPMg2


                   53. PKP memaklumkan Fasa 3, SKPMg2 telah lengkap diisi dan tarikh pengisian online

                       telah ditutup pada 15/11/2018.
                   54. Semua borang SKPMg2 telah dicetak keluar oleh PKP dan akan dimasukkan di dalam

                       fail yang telah disediakan.
                   55. Semua guru yang terlibat sebagai PPS perlu menyediakan evidens seperti yang telah

                       diisi di dalam portal SKPMg2.
                   56. Semua borang PPS dan borang Pdpc mesti telah lengkap diisi dan diserahkan kepada

                       S/U SKPMg2, Pn. Noor Azlinda untuk disimpan di dalam fail.


                 xi.   PROGRAM JQAF


                   57. Ustaz Sarmizan melaporkan Program Jqaf sepanjang tahun 2018 berjalan dengan

                       lancar dan jayanya.
                   58. Pegawai PPD telah turun memantau di sekolah kerana merujuk kepada data pada

                       bulan Jun telah mendapati seramai 7 orang murid belum menguasai Al-Quran.

                   59. Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengambil inisiatif dan melaksanakan
                       Kem Literasi Al-Quran pada 1/10/2018– 31/10/2018 terhadap 7 orang murid tahun 6

                       yang tidak melepasi Iqra’.

                   60. Hasil program tersebut, murid-murid yang terlibat dapat menghabiskan bacaan Iqra’
                       tersebut dan dapat menguasai bacaan Al-Quran.

                   61. Laporan Kem Literasi Al-Quran telah dihantar ke PPD pada 8/11/2018 (Khamis).
                   62. Ustazah Nor Hayati melaporkan terdapat seramai 18 orang murid tahun 1 masih tidak

                       menguasai bacaan Iqra’.




                                                            9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14