Page 117 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 117
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 110
36 – 45 tahun 50 22.7
46 – 55 tahun 138 62.7
Lebih 55 tahun 29 13.2
Pengalaman:
Kurang 9 tahun 116 52.7
10 – 19 tahun 64 29.1
20 – 29 tahun 34 15.5
Lebih 29 tahun 6 2.7
JUMLAH 220 100.0
ii) Fungsi Pengalaman Sebagai Moderator
Persoalan Kajian: Adakah pengalaman berperanan sebagai moderator terhadap
kesan antara personaliti keusahawanan dari segi sikap keusahawanan dalaman dan
kompetensi keusahawanan dengan kesediaan penerapan elemen keusahawanan
pensyarah IPG?
Analisis moderator dijalankan bertujuan melihat faktor yang mungkin memberi
kesan ke atas kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan
pensyarah IPG. Kajian ini melihat pemboleh ubah moderator iaitu pengalaman yang
dijangka mempunyai hubungan antara konstruk luaran dan dalaman bagi kajian.
Merujuk Rajah 1, adalah dijangkakan bahawa pengalaman para pensyarah
berperanan sebagai moderator dan memberi kesan kepada kesediaan penerapan
elemen keusahawanan para pensyarah.
Untuk melaksanakan analisis ini, ujian 'chisquare' digunakan. Kajian ini
membahagikan pengalaman kepada dua iaitu pengalaman rendah dan pengalaman
yang tinggi. Pengalaman rendah ditakrifkan kepada pensyarah yang mengajar kurang
dari 9 tahun. Sementara itu pengalaman tinggi adalah ditentukan kepada pensyarah
yang mengajar lebih 10 tahun (KPM 2005).
i. Peranan pengalaman pensyarah IPG sebagai moderator antara sikap
keusahawanan dalaman pensyarah dengan kesediaan pensyarah menerapkan
elemen keusahawanan.
Keputusan data kajian ini adalah signifikan yang menunjukkan bahawa
pengalaman pensyarah berperanan sebagai moderator antara sikap keusahawanan
dalaman pensyarah IPG dan kesediaan mereka menerapkan elemen keusahawanan.
Berdasarkan Jadual 2, perbandingan ujian chi-square antara Model Dikekang dan
Model Bebas bagi pengalaman tinggi para pensyarah yang dikaji mempunyai
perbezaan chi-square adalah 30.11. Perbezaan nilai DF adalah 1. Perbezaan nilai
Chi-Square adalah 30.11 (2982.268-2952.158), manakala perbezaan dalam Darjah
Kebebasan adalah 2077-2076 = 1. Untuk ujian signifikan perbezaan nilai Chi-Square
mestilah lebih tinggi daripada nilai Chi-Square dengan 1 darjah kebebasan, iaitu 3.84.

