Page 8 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 8
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 1
PENGEKALAN IDENTITI BUDAYA DAN NILAI MURNI PELAJAR ORANG ASLI
DI PUSAT INTELEK PELAJAR ORANG ASLI (PIPOA) KUALA ROMPIN
1 Mohamad Sufaisul Bin Shamsudin (sufaisul@ipgkik.edu.my)
2 Noor Banu Binti Mahadir Naidu (noor.banu@fsk.upsi.edu.my)
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
2 Jabatan Pendidikan Moral, Fakulti Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen pengekalan identiti budaya dan nilai
murni pelajar Orang Asli di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Kuala Rompin.
Kajian ini adalah berdasarkan adaptasi Teori Ekologi Bronfenbrenner yang melihat
kepada elemen pendidikan sebagai medium untuk mengekalkan identiti budaya dan
nilai murni pelajar Orang Asli. Kajian ini juga menilai kesan persekitaran pelajar Orang
Asli di PIPOA dalam mengekalkan serta menjaga identiti tradisi yang diwarisi.
Metodologi kajian yang digunakan ialah kualitatif dengan kaedah kajian kes. Dua jenis
teknik pengumpulan data digunakan iaitu teknik temu bual separa berstruktur dan
teknik pemerhatian. Data dianalisis dengan menjalankan analisis serentak dengan
pengumpulan data, menjalankan interpretasi tematik serta menterjemahkan dalam
bentuk laporan naratif. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat elemen
pengekalan budaya dan elemen nilai murni dalam kalangan pelajar Orang Asli di
PIPOA. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penerapan elemen pendidikan dalam
persekitaran di PIPOA berjaya mengekalkan budaya dan nilai murni pelajar Orang
Asli.
Kata kunci: Orang Asli, Budaya, Nilai Murni, Pendidikan, PIPOA
Abstract
This study aims to identify elements of preserving the cultural identity and values of
Orang Asli students at PIPOA Kuala Rompin. This study is based on the adaptation of
Bronfenbrenner's Ecological Theory that views educational elements as a medium to
preserve the cultural identity and values of Orang Asli students. This study also
evaluated the impact of the Orang Asli students' environment in PIPOA in maintaining
and preserving the identity of the inherited traditions. The research methodology used
is qualitative with the case study method. Two types of data collection techniques are
used, namely semi-structured interview techniques and observation techniques. Data
are analyzed by performing simultaneous analysis with data collection, performing
thematic interpretations and translating them into narrative reports. The results show
that there are elements of cultural retention among Orang Asli students in PIPOA and

