Page 11 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 11
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 4
2. Mengenal pasti peranan PIPOA dalam pengekalan identiti budaya dan nilai
murni pelajar Orang Asli.
3. Mengenal pasti pengaruh PIPOA dalam pengekalan identiti budaya dan nilai
murni pelajar Orang Asli.
4. Mengenal pasti penerimaan pelajar Orang Asli terhadap peranan PIPOA dalam
pengekalan identiti budaya dan nilai murni.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif di atas, kajian ini adalah untuk menjawab persoalan- persoalan
yang juga dibahagikan kepada dimensi penting seperti berikut:
1. Apakah kepentingan pengekalan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang
Asli di PIPOA?
2. Bagaimanakah peranan PIPOA dalam pengekalan identiti budaya dan nilai
murni pelajar Orang Asli?
3. Bagaimanakah pengaruh PIPOA dalam pengekalan identiti budaya dan nilai
murni pelajar Orang Asli?
4. Bagaimanakah penerimaan pelajar Orang Asli terhadap peranan PIPOA dalam
pengekalan identiti budaya dan nilai murni?
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini memberikan gambaran dan maklumat tentang pengekalan identiti
budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli yang dikenal pasti di PIPOA Kuala Rompin
Pahang berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Objektif Pendidikan
Orang Asli (Laporan Tahunan JHEOA, 2010). Selain itu hasil kajian ini juga boleh
dijadikan panduan atau asas kepada pengurusan JAKOA dan KPM dalam merangka
dasar atau program yang seumpamanya seperti PIPOA.
METODOLOGI
Pengumpulan data dilakukan melalui proses temu bual separa berstruktur dan proses
pemerhatian yang melibatkan kaedah persampelan bertujuan di kawasan kajian.
Temu bual separa berstruktur melibatkan pelajar Orang Asli dari tingkatan dua hingga
tingkatan empat. Temu bual juga dijalankan kepada Ketua Unit PIPOA dan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Rompin Permai. Temu bual separa berstruktur dijalankan berdasarkan borang
soal selidik yang telah diperakui oleh pentaksir instrumen yang disediakan untuk
pelajar Orang Asli PIPOA. Borang soal selidik untuk Ketua Unit PIPOA merangkumi
latar belakang responden dan pelibatan responden dalam pengurusan pelajar Orang

