Page 12 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 12

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 5


               Asli  manakala  untuk GPK  HEM SMK  Rompin  Permai merangkumi  latar belakang,
               cabaran tugas guru dan cadangan penambahbaikan.

                       Di samping itu, data juga dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian lapangan
               yang berkaitan dengan infrastruktur pendidikan di kawasan kajian, keadaan sekolah
               termasuk  asrama dan  penempatan  pelajar Orang  Asli.  Sebagai tambahan  kepada
               data  yang  diperoleh  dari  kaedah  pemerhatian,  data  tinjauan  juga  diperoleh  dari
               pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dengan urusan Orang Asli seperti JAKOA, KPM
               dan SMK Rompin Permai. Selanjutnya, temu bual separa berstruktur dengan pegawai
               dari agensi kerajaan yang terlibat dengan hal ehwal Orang Asli yang berkaitan dengan
               jenis  bantuan  yang  diberikan  dan  program  pembangunan  untuk  meningkatkan
               pencapaian pendidikan juga dilaksanakan.


               DAPATAN KAJIAN

               Hasil kajian mengenai pengekalan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli
               di  PIPOA  berdasarkan  tema  yang  dikenal  pasti.  Dapatan  kajian  terbahagi  kepada
               pemeliharaan budaya dalam kalangan pelajar Orang Asli PIPOA dan pemeliharaan
               nilai-nilai  murni  dalam  kalangan  pelajar  Orang  Asli  PIPOA.  Ini  dapat  dirumuskan
               mengikut tema i) sewang, ii) tradisi keluarga dan iii) kesederhanaan.


               Jadual 1: Data temu bual separa berstruktur



                                          Sewang        Tradisi       Kesederha
                                                       Keluarga         naan


















                    PIPOA    PIPOA   PIPOA     PIPOA    PIPOA   PIPOA     PIPOA    PIPOA    PIPOA   PIPOA
                     05       02       11       01       03       08       05       12       04       02
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17