Page 10 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 10

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 3


                       Sejajar dengan itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menubuhkan
               PIPOA di Kuala Rompin yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik
               serta mengekalkan identiti budaya dan nilai-nilai murni pelajar Orang Asli (JAKOA,
               2016).  Dengan  penubuhan  PIPOA,  pelaksanaan  dan  peningkatan  dari  segi  tujuan
               hidup, status sosial, nilai-nilai murni dan peningkatan kualiti pendidikan Orang Asli
               dapat  diperkukuhkan  selaras  dengan  objektif  Kementerian  Pendidikan  Malaysia
               (KPM) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987).


               PENYATAAN MASALAH

               Pengaruh  budaya  telah  menyempitkan  pemikiran  Orang  Asli  untuk  menerima
               perubahan dan mengubah gaya dan taraf hidup. Kepercayaan animisme serta budaya
               tradisional  masyarakat  Orang  Asli  telah  mempengaruhi  kehidupan  mereka. Walau
               bagaimanapun,  terdapat  juga  kajian  yang  menunjukkan  keruntuhan  murni  dalam
               kalangan  Orang  Asli.  Masyarakat  Orang  Asli  dilihat  tidak  mengamalkan  dan
               melupakan warisan tradisional kerana ia berubah mengikut masa dan teknologi. Oleh
               itu, mereka melihat nilai budaya sebagai sesuatu yang tidak mempunyai makna dalam
               kehidupan mereka.

                       Kajian oleh (Siti Aminah & Seow Ta Wee, 2005) menyatakan bahawa aspek
               budaya masyarakat Orang Asli seperti adat istiadat, sewang, identiti dan simbol telah
               terhakis  akibat  program  pembangunan  yang  pesat.  Kesan  pembangunan  dan
               ketiadaan pengetahuan dalam kalangan masyarakat Orang Asli, nilai-nilai baru dan
               asing tersebar dan menjadi ancaman kepada identiti tradisional masyarakat Orang
               Asli.  Ini  kerana  masyarakat  Orang  Asli  kurang  mendapat  maklumat  tentang  cara
               memelihara warisan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi.

                       Sistem pendidikan dan persekitaran sekolah yang tidak sesuai dengan budaya
               pelajar Orang Asli menyebabkan mereka kehilangan minat untuk bersekolah (Izzuddin
               & Ramli, 2010). Persekitaran sekolah yang tidak kondusif menyebabkan pelajar Orang
               Asli  tidak  berminat  untuk  menamatkan  pendidikan  formal.  Selain  persekitaran
               sekolah,  masalah  keciciran  pelajar  Orang  Asli  adalah  disebabkan  oleh  kegagalan
               pelajar Orang Asli untuk menyesuaikan diri dengan kaum lain (Mazdi et al., 2014).
               Kurikulum yang diajar di sekolah juga tidak sesuai dengan budaya Orang Asli dan
               menyebabkan mereka hilang minat untuk bersekolah.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif kajian ini dilakukan untuk:

               1.      Mengenal pasti kepentingan pengekalan identiti budaya dan nilai murni pelajar
                       Orang Asli di PIPOA.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15