Page 17 - LAPORAN PEO.pdf
P. 17

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)



                                                   BAB 1

                                               PENGENALAN


                1.1    Pendahuluan

                Golongan pendidik merupakan individu yang berperanan penting menghasilkan pelajar yang
                cemerlang dan berkualiti tinggi. Justeru itu, pelajar yang berkualiti terhasil menerusi proses
                pengajaran  dan pembelajaran  yang berkesan yang  telah disampaikan oleh  guru  yang
                berkualiti. Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi guru yang
                baik seperti menguasai kandungan subjek yang diajar, berpengetahuan dalam  pedagogi,
                berupaya memilih sumber pengajaran, mampu mempelbagaikan strategi pengajaran,
                memiliki kemahiran teknologi, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelajar
                serta mempunyai sikap dan  personaliti yang positif. Selain itu, seorang guru juga  perlu
                memiliki kemahiran interpersonal, intrapersonal dan kemahiran komunikasi seperti
                bermotivasi,  humor dan berkeyakinan. Memiliki nilai  dan sikap profesionalisme, ciri-ciri
                kepimpinan,  berkemahiran sosial,  bertanggungjawab dan mampu melaksanakan kerja
                berpasukan.    Program PISMP yang  telah  dilaksanakan sebagai satu sistem yang
                komprehensif dapat menampung keperluan sekolah ke arah penyediaan guru abad ke-21.

                      IPG yang menawarkan  program PISMP perlu  menyediakan  kurikulum yang lebih
                terancang  dan memenuhi piawai  perlu  disediakan. Bagi menepati piawaian yang  telah
                ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan
                badan-badan profesional yang berkaitan, adalah perlu mewajibkan supaya kesemua program
                akademik yang ditawarkan  di IPTA di Malaysia perlu mengamalkan  proses Pendidikan
                Berasaskan Hasil atau Outcome-Based Education (OBE). Oleh itu, tiada pengecualian bagi
                Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk
                memberi penekanan kepada OBE dalam  pelaksanaan pengajaran  dan pembelajarannya.
                Secara tidak langsung, penerapan OBE yang bertujuan bagi melahirkan graduan PISMP yang
                lebih kompetitif, kompeten, mempunyai kebolehcapaian yang tinggi. Oleh itu, dapat
                memenuhi keperluan pihak sekolah.

                      OBE  yang disasarkan  melibatkan empat proses utama,  iaitu  perancangan,
                pembangunan, pelaksanaan dan penilaian yang menjurus kepada hasil yang bakal diperoleh
                oleh setiap siswa guru dalam setiap program yang diikuti. Dalam hal ini, pelaksanaan OBE
                memerlukan setiap program PISMP mempunyai empat peringkat hasil pembelajaran, iaitu
                Objektif Pendidikan Program  atau  Programme Educational Objectives (PEO), Hasil

                                                     1
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22