Page 19 - LAPORAN PEO.pdf
P. 19

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                selebihnya pada tahap yang sederhana. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa, masih
                terdapat kelemahan guru baharu dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran PdP di bilik
                darjah. Aspek kelemahan yang didapati hasil laporan tersebut menjadi petunjuk untuk pihak
                IPGM melakukan kajian yang empirikal bagi mengenal pasti tahap kebolehan dalam elemen
                Objektif Pendidikan Program (PEO) graduan PISMP di IPG.

                      Enam elemen  PEO yang digariskan  oleh IPGM (KPM,  2017) yang perlu dikuasai
                pelajar agar mempunyai pengetahuan dan kemahiran  praktikal dalam bidang keguruan
                selaras  dengan kehendak  organisasi dan pelanggan. Namun  dalam kajian Ade Sobandi
                (2017), terdapat sebilangan  guru baharu yang  kurang menguasai kemahiran mengurus
                maklumat dan mempunyai kompetensi yang sederhana. Mereka beranggapan kemahiran dan
                pengetahuan pengurusan ini akan menambahkan beban tugas mereka. Pendapat mereka
                selari dengan pendapat yang diutarakan oleh Richard, Patrick dan Willy (2017), iaitu ramai
                guru tidak mahu mengubah kaedah pengajaran berpusatkan murid kerana disebabkan oleh
                kurang kemahiran dan pengetahuan dalam amalan bilik darjah yang baik bagi memenuhi
                keperluan organisasi dan pelanggan.

                      Keadaan bilik darjah merupakan medan peranan,  tanggung jawab  dan amanah
                seseorang  guru dalam  melaksanakan akauntabiliti  profesionnya. Seseorang guru
                dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan
                positif  dalam kalangan  pelajar. Tahap efektif guru lazimnya  dikaitkan  dengan  tahap
                pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan
                apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap keterampilan guru dan guru
                efektif.  Walau bagaimanapun, Beban tugas guru merupakan salah satu isu yang  sering
                dikaitkan dengan keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
                kepada dapatan kajian oleh Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian
                Pengajian Tinggi mendapati daripada 125 pengajaran yang dicerap di 41 buah sekolah di
                Malaysia hanya 12% daripada pengajaran yang mencapai standard yang tinggi iaitu dapat
                mengaplikasikan amalan terbaik pedagogi, 38% memuaskan dan 50% pada tahap yang tidak
                memuaskan.













                                                     3
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24