Page 21 - LAPORAN PEO.pdf
P. 21

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                antara teori dan praktikal boleh menjejaskan keberkesanan penyampaian kurikulum (Yahaya,
                2010).

                      Justeru,  graduan  PISMP IPG perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
                menjalankan tugas bagi menjamin mereka kekal berkualiti, menjaga nama baik institusi dan
                imej kementerian. Kemahiran guru merangkumi pelbagai aspek PEO perlu dijadikan garis
                panduan dalam kurikulum di IPG.  PEO sewajarnya dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan
                agar kelangsungan sistem pendidikan negara seiring dengan perkembangan pendidikan di
                peringkat global.



                1.4    Tujuan Kajian

                Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap Objektif Pendidikan Program
                (PEO) graduan PISMP IPG, Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditempatkan di sekolah
                mulai 2013 yang meliputi 6 aspek PEO. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengkaji
                pengamalan PEO graduan yang telah ditempatkan bermula tahun dari 2013 bagi mengetahui
                sama ada enam elemen PEO yang dilaksanakan dalam kurikulum di IPG dapat diaplikasikan
                di sekolah setelah mereka menjadi guru permulaan.

                      Elemen PEO yang dikaji adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran
                praktikal graduan  dalam  bidang keguruan selaras dengan kehendak organisasi  dan
                pelanggan, menjana penyelesaian masalah dalam bidang keguruan melalui  pendekatan
                saintifik inovatif, kreatif dan beretika, berkomunikasi secara berkesan dengan memartabatkan
                bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris, berupaya
                mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber,  memiliki nilai dan
                sikap profesionalisme, ciri-ciri kepimpinan, berkemahiran sosial,  bertanggungjawab  dan
                mampu melaksanakan kerja  berpasukan, mempamerkan kemahiran keusahawanan,
                pengurusan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan
                kerjaya.












                                                     5
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26