Page 18 - LAPORAN PEO.pdf
P. 18

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                Pembelajaran Program  atau Programme  Learning Outcomes  (PLO), Hasil Pembelajaran
                Kursus atau Course Learning Outcomes  (CLO) dan Hasil Pembelajaran Topik atau  Topic
                Learning Outcomes (CLO). PEO graduan PISMP dinilai setelah berada di alam pekerjaan
                antara 3 hingga 5. PLO dinilai sebaik sahaja selesai bergraduat. CLO pula dinilai sebaik
                selesai sesuatu kursus. TLO dinilai sebaik selesai sesuatu topik. Namun begitu, fokus kajian
                yang dijalankan adalah untuk melihat kepada pencapaian PEO graduan PISMP, IPG.

                      Objektif Pendidikan Program (PEO) yang telah dirancang dan sistematik diharapkan
                dapat melahirkan graduan IPG program PISMP yang memiliki pengetahuan dan kemahiran
                praktikal dalam bidang keguruan selaras dengan kehendak organisasi dan pelanggan.  Tidak
                dinafikan pembangunan sesebuah negara  bergantung  kepada  sistem pendidikan  kerana
                seorang pendidik mempunyai tanggung jawab yang sangat besar untuk menyampaikan ilmu.
                Justeru, Objektif  Pendidikan Program PISMP yang telah ditetapkan  untuk diaplikasikan
                adalah terdiri daripada enam elemen seperti berikut:

                        i.  PEO 1: Berpengetahuan dan berkemahiran praktikal dalam bidang keguruan
                           selaras dengan kehendak organisasi dan pelanggan,
                        ii.  PEO 2: Menjana  penyelesaian masalah dalam bidang keguruan melalui
                           pendekatan saintifik inovatif, kreatif dan beretika,
                       iii.  PEO 3: Berkomunikasi secara berkesan dengan memartabatkan bahasa Melayu
                           sebagai bahasa ilmu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris,
                       iv.  PEO 4:  Berupaya mencari  dan mengurus maklumat yang relevan  daripada
                           pelbagai sumber,
                        v.  PEO 5: Mempamerkan kemahiran keusahawanan, pengurusan dan menyedari
                           keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya dan
                       vi.  PEO 6: Memiliki nilai dan sikap  profesionalisme, ciri-ciri kepimpinan,
                           berkemahiran sosial, bertanggungjawab  dan  mampu melaksanakan kerja
                           berpasukan.

                1.2    Latar Belakang Masalah

                Kualiti pendidikan  dapat dicapai apabila para  guru  pelatih  mempunyai pencapaian  yang
                mencukupi, sehingga mereka mampu memberikan perhatian secukupnya dalam menunaikan
                tugas. Oleh kerana itu pendidik perlu mengembangkan, memperluas, memperbaharui dan
                mendalami pengetahuan serta kemahiran yang dimilikinya setiap masa (KPM, 2013). Walau
                bagaimanapun masih terdapat segelintir  graduan IPG yang masih kurang menguasai
                kemahiran dalam bilik darjah seperti yang dilaporkan oleh Jemaah Nazir (Jaminan Kualiti
                KPM, 2013). Hanya 12% guru baharu yang berada pada tahap baik dan cemerlang manakala


                                                     2
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23