Page 20 - LAPORAN PEO.pdf
P. 20
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
1.3 Pernyataan Masalah
Organisasi perlu menjalankan penilaian program selepas melaksanakannya bagi mengenal
pasti tahap keberkesanan program yang dijalankannya (Azizah, 2012). Perkara ini juga
bersesuaian dengan Standard Guru Malaysia (BPG, 2009) agar semua guru mempunyai ciri-
ciri yang setara di seluruh negara dalam aspek perkhidmatan mereka. Kajian mengenai impak
graduan PISMP, IPG yang telah ditempatkan di sekolah dalam enam elemen PEO belum lagi
dilaksanakan secara terperinci. Oleh itu, pihak IPGM, KPM sukar untuk memastikan sama
ada graduan IPG telah melaksanakan kesemua aspek dalam PEO tersebut dengan berkesan.
Aspek ini amat penting dikenal pasti supaya program yang telah dilaksanakan di IPG melalui
kurikulumnya diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah dalam medan yang sebenar. Pihak IPG
boleh melakukan penambahbaikan yang bersesuaian dengan program-program yang
dilaksanakan bagi menyahut cabaran pendidikan seperti kemahiran berfikir, Pendidikan Abad
Ke-21 dan sebagainya.
Terdapatnya rungutan dalam kalangan pelanggan bahawa guru permulaan kurang
mengamalkan aspek-aspek dalam PEO di sekolah. Menurut Abdul Muin (2013) guru-guru
permulaan terikut-ikut dengan budaya negatif dalam kalangan guru-guru sekolah sehingga
mengakibatkan mereka banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja sambilan, tidak
fokus dalam tugas dan melakukan tugas dengan sambil lewa. Keadaan ini menyebabkan
mutu dan perkhidmatan guru di sekolah tidak memenuhi standard yang ditentukan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kegagalan guru-guru mengaplikasikan PEO
yang dipelajari di IPG akan menjejaskan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah dan ini menyebabkan imej IPG dan kualiti diri guru dipertikaikan oleh pelanggan (Mohd
Zuri, Aznan & Zainuddin, 2013).
Zohar, Degani dan Vaakin (2001) pula menyatakan pengetahuan dan kemahiran guru
adalah faktor kritikal dan menjadi pemangkin dalam proses pelaksanaan perubahan
kurikulum. Pengetahuan dan kemahiran guru juga dapat menentukan sejauh mana
kandungan sesuatu mata pelajaran dapat dikuasai dan dapat disampaikan dengan berkesan.
Seseorang guru perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran. Kemahiran mengajar
atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-
pelajar dengan berkesan iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamarul Azmi dan Ab.
Halim (2007), menegaskan antara sifat-sifat guru yang berkesan ialah mempunyai kemahiran
mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
pengajarannya. Di dapati guru juga kurang kemahiran dan kegagalan guru untuk mengaitkan
4

