Page 125 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 125

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 117

               lakaran  dalam  kajian  ini mampu  meningkatkan  kemahiran mengingat  murid  dalam
               menjawab  soalan  struktur Sejarah  dengan baik.  Hal  ini menunjukkan  penggunaan
               visual lakaran adalah satu faktor pendorong perubahan positif ini. Selaras pernyataan
               Agung Rinaldy et al., (2020) mengatakan gaya  pembelajaran  boleh menarik minat
               seseorang  selari  dengan  dapatan  kajian  Abdul  Rasid  dan  Hasmah  (2013)
               menjelaskan bahawa guru  hendaklah  memilih  bahan  bantu  mengajar yang pelbagai
               dalam  menarik  minat  murid  untuk  belajar.  Hal  ini  seiring  dengan  dapatan  kajian
               Ahmad Rizal Madar (2006) menunjukkan penggunaan visual adalah merupakan salah
               satu  strategi  yang  amat  berkesan  bagi  membantu  dan  meningkatkan  proses
               pembelajaran. Cara ini dijalankan dengan menggunakan pelbagai peralatan lain lagi
               yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks.

               Soalan  Kajian  2:  Adakah  terdapat  keberkesanan  kaedah  visual  lakaran  dalam
               meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah?

               Penggunaan kaedah  visual lakaran dalam  konteks  kajian  ini  juga dilakukan  bagi
               melihat  jika  terdapat  beza  dalam  menjawab soalan struktur kumpulan rawatan
               yang  telah  menggunakan  kaedah    visual  lakaran.  Min  prestasi  bagi  ujian  pra  dan
               pasca kumpulan rawatan boleh dilihat dalam jadual 4. Dapatan kajian menunjukkan
               min  penguasaan  soalan  struktur  dalam  ujian  pasca  adalah  lebih  tinggi  jika
               dibandingkan dengan min bagi ujian pra. Min prestasi aspek soalan struktur ujian pra
               ialah  17.966  dengan  sisihan  piawai  3.765,  ujian  pasca  pula  menunjukkan  32.167
               dengan sisihan piawai 3.508.

                       Seterusnya, data ujian-t sampel berpasangan bagi ujian pra dan ujian pasca
               kumpulan  rawatan didapati terdapatnya perbezaan min yang signifikan dengan nilai-
               t (29) =  -13.803, p<.05. Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan markah bahagian
               struktur kumpulan  rawatan apabila  menggunakan  kaedah visual lakaran. Hal  ini
               menunjukkan    terdapat  perbezaan  signifikan  bagi  tahap  prestasi  bahagian  soalan
               struktur dalam skor min ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan.


               Jadual 4: Min tahap prestasi soalan struktur kumpulan rawatan dalam ujian pra dan
               pasca

                  Kumpulan                     Min              Beza Min            Sisihan Piawai

                  Ujian Pra                 17.966                 -                     3.765

                  Ujian Pasca               32.167              14.201                   3.508


               Jadual 5 pula menunjukkan skor min yang telah didapati dari kumpulan rawatan yang
               menunjukkan skor yang lebih baik dan tinggi iaitu 32.167 dengan sisihan piawai 3.508
               dibandingkan skor min bagi kumpulan kawalan 18.9  dengan  sisihan  piawai  3.890.
               Selain    itu,    ujian-t    telah    mendapati  perbezaan  signifikan  dalam  prestasi  soalan
               struktur  dengan  nilai-t  (29)  =  -12.463,  p<0.05.  Hal    yang  demikian  menunjukkan
               terdapat perbezaan signifikan bagi tahap prestasi murid bagi  skor  min  ujian  pasca
               antara  kumpulan  rawatan dan kawalan.
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130