Page 126 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 126

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 118


               Jadual 5.0: Ujian-t tidak bersandar bagi tahap prestasi bagi skor min ujian pasca
               kumpulan kawalan serta rawatan

                  Kumpulan                Min     Beza Min  Sisihan           t         df          p
                                                               Piawai
                  Rawatan               32.167     -13.267      3.508     -12.463       29        .000

                  Kawalan                18.9         -         3.890

               Dapatan  di  atas  jelas  membuktikan  penggunaan  kaedah visual lakaran membantu
               murid menjawab soalan struktur dengan baik dan menepati kehendak soalan. Hasil
               kajian Siti Hayati Mohd Yusoff dan Halim Husain (2021) mendapati  satu inovasi dalam
               pengajaran dapat meningkatkan integrasi domain pembelajaran murid berdasar gaya
               belajar visual. Perkara ini menyumbang kepada tahap prestasi mereka. Perbandingan
               dalam skor min bagi kumpulan rawatan dilihat lebih baik jika dibandingkan skor min
               dengan kumpulan kawalan. Seterusnya, perbezaan  signifikan  didapati  dalam  ujian-
               t  bagi  tahap  prestasi  berdasarkan skor min bagi ujian pasca kumpulan kawalan dan
               rawatan. Perkara ini sebenarnya menunjukkan kaedah visual lakaran yang digunakan
               telah dapat membantu dan memberi kesan positif terhadap murid dalam menjawab
               soalan  struktur.  Hal  ini  menunjukkan  penggunaan  kaedah  visual  lakaran  bagi
               kumpulan  rawatan  berupaya  meningkatkan  kemahiran  mengingat  fakta  Sejarah.
               Dapatan kajian ini juga sama dengan kajian Walny (2016) yang menunjukkan bahan
               visual  menolong seseorang untuk berfikir mengenai data dengan lebih baik.


               KESIMPULAN


               Kesimpulan yang boleh dibuat dalam kajian ini menunjukkan kaedah visual lakaran
               telah terbukti  berjaya  meningkatkan  kemampuan  mengingat  kembali  fakta  Sejarah
               dalam kalangan murid Tingkatan Lima. Ini bermakna penggunaan visual lakaran dapat
               merangsang  dan  menarik  perhatian  murid-murid  dalam  mata  pelajaran  Sejarah.
               Penggunaan visual lakaran juga mampu memberi kesan baik apabila markah murid-
               murid  telah  meningkat.  Pencapaian  ini  menggambarkan  tahap  kefahaman  murid-
               murid semakin meningkat selepas menggunakan visual lakaran. Oleh itu, pemilihan
               bahan pengajaran sesuai dengan tajuk yang diajarkan memainkan peranan penting
               dalam mata pelajaran Sejarah.


               CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

               Daripada  kajian  yang  telah  dijalankan,  didapati  visual lakaran amat sesuai untuk
               mata  pelajaran  Sejarah.  Penggunaan  visual  lakaran  dapat  membantu  murid-murid
               yang lemah mengingati fakta dalam tempoh masa yang cepat. Oleh itu, penggunaan
               visual  lakaran  ini  akan  melalui  proses  penambahbaikan  pada  masa  akan  datang
               dengan mewujudkan aplikasi secara atas talian agar visual lakaran ini dapat diakses
               oleh semua golongan tidak kira sama ada murid atau masyarakat.
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131