Page 180 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 180

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 172

               pembelajaran  dan  pengajaran,  pendidik  harus  melihat  rekabentuk  atau  pedagogi
               pembelajaran, kaedah belajar seseorang individu, potensi teknologi dan media serta
               kebolehan pendidik melibatkan pelajar terlibat dalam proses pembelajaran. Oleh itu
               rekabentuk pembelajaran dan pengajaran atas talian menyumbang kepada salah satu
               faktor yang menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran yang
               dilaksanakan.  Hasil  kajian  ini  diharapkan  dapat  membantu  pihak-pihak  yang
               berkenaan  bagi  mengambil  kira  keperluan  meningkatkan  kemahiran  penggunaan
               teknologi  maklumat  dan  komunikasi  baharu  yang  diperlukan  untuk  melaksanakan
               transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya di institut pendidikan guru.


               Kesimpulan

               Pembelajaran  dan  pengajaran  atas  talian  merupakan  satu  alternatif  yang  dapat
               membantu para pendidik untuk melaksanakan proses pembelajaran dalam pandemik
               COVID-19. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan yang tinggi menunjukkan bahawa
               pembelajaran  dan  pengajaran  atas  talian  menyediakan  peluang  kepada  generasi
               baharu dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik tanpa mengambil
               kira faktor masa dan tempat.

                       Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan bahawa kaedah pembelajaran
               secara atas talian yang dilaksanakan oleh para pensyarah dilihat memberi kesan yang
               positif walaupun kaedah pembelajaran ini baru dilaksanakan sepenuhnya pada tahun
               2020 disebabkan oleh penutupan semua institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
               Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa walaupun pengajaran dan
               pembelajaran dilaksanakan secara atas talian, kualiti pelaksanaan pengajaran dan
               pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik
               dan berjaya memberikan tahap kepuasan yang tinggi.  Hasil kajian ini memberikan
               implikasi  bahawa  para  pengajar  dan  pelajar  berjaya  memberikan  komitmen  yang
               tinggi  dalam  memastikan  kualiti  sesi  pengajaran  dna  pembelajaran  dapat
               dilaksanakan  dengan  berkesan.  Situasi  sebegini  amat  penting  memandangkan
               kecerdasan  intelektual  pelajar  terus  berada  dalam  keadaan  kondusif  serta  dapat
               mewujudkan  suasana  penerimaan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang
               bermakna walaupun dalam situasi perintah kawalan pergerakan ekoran gelombang
               Pandemik Covid19.



               Rujukan

               Alsalhi, N. R., Eltahir, M. E., & Al-Qatawneh, S. S. (2019). The effect of blended
                       learning on the achievement of ninth grade students in science and their
                       attitudes towards its use. Heliyon.
                       https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2019.e02424
   175   176   177   178   179   180   181   182   183