Page 179 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 179

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 171

               persekitaran pembelajaran di rumah yang kondusif serta mempunyai alat dan bahan
               pembelajaran yang sesuai. Pengalaman pembelajaran atas talian dapat membantu
               pelajar  dalam  melaksanakan  pentaksiran  kursus  keseluruhannya.  Oleh  itu,
               penglibatan  pelajar  yang  meluas  terhadap  pembelajaran  atas  talian  dapat
               menyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap pembelajaran atas talian dengan
               lebih berkesan bagi mencapai matlamat pendidikan yang cemerlang keseluruhannya.


               Cabaran Kepada Amalan Pendidikan
               Di  kala  dunia  dilanda  wabak  COVID-19,  UNESCO  menyarankan  bahawa  semua
               institusi pendidikan ditutup dan diperkenalkan pembelajaran atas talian menggantikan
               pembelajaran semuka (UNESCO, 2020). Bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan
               dalam  mengikuti  pembelajaran,  para  pensyarah  telah  menggunakan  pendekatan
               pembelajaran atas talian untuk melaksanakan kelas. Walaupun institusi pendidikan di
               tutup,  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  masih  dapat  diteruskan  kerana
               pembelajaran atas talian merupakan penyelesaian bagi isu ini dan pelajar masih dapat
               belajar walaupun dalam keadaan terhad.

                       Para pensyarah  perlu  memanfaatkan penggunaan  kemahiran digital melalui
               pembelajaran  atas  talian.  Pengajaran  dan  pembelajaran  atas  talian  perlu
               dilaksanakan  dengan  berkesan  apabila  para  pensyarah  menggunakan  pedagogi
               pendidikan atas talian yang sesuai. Malahan pensyarah dan pelajar juga seharusnya
               dapat berkomunikasi dengan aktif sepanjang proses pembelajaran. Para pensyarah
               perlu  mendorong  pelajar  untuk  berinteraksi  dengan  rakan  sekelas  menggunakan
               sumber  digital  dan  teknologi.  Selaras  dengan  teori  pendidikan  jarak  jauh,
               Transactional  Distance  Theory  yang  mencadangkan  bahawa  para  pengajar  perlu
               mengambil  berat  terhadap  tiga  unsur  supaya  dapat  menjayakan  sesuatu
               pembelajaran  atas  talian  dengan  berkesan  iaitu  perbincangan,  struktur  proses
               pembelajaran dan autonomi terhadap pelajar di mana ketiga-tiga unsur ini membantu
               mengurangkan perasaan jarak yang di alami oleh pelajar (Nortvig et al., 2018). Hal ini
               kerana  jarak  yang  dirasakan  oleh  pelajar  dalam  pembelajaran  atas  talian  akan
               menimbulkan rasa terpencil dan berkemungkinan akan berhenti daripada mengambil
               bahagian  semasa  proses  pembelajarannya.  Pendekatan  pembelajaran  atas  talian
               adalah  lebih  mudah  kerana  pensyarah  tidak  perlu  memberi  perhatian  terhadap
               perbezaan  cara  pembelajaran  dan  ciri-ciri  pembelajaran  atas  talian.  Namun,
               pensyarah perlu fokus terhadap perlaksanaan dan perkembangan bahan pengajaran
               yang digunakan dan aktiviti pembelajaran yang berkesan melalui pembelajaran atas
               talian (Alsalhi, 2019).

                       Komitmen  semua  pihak  termasuk  pihak  pengurusan  organisasi,  pensyarah
               mahupun pelajar amat diperlukan bagi menjamin keberkesanan pembelajaran dan
               pengajaran atas talian. Kemudahan komputer dan teknologi internet telah memberi
               peluang kepada semua pihak untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
               tanpa  perlu  bersemuka.  Menurut  Yasmin  (2020)  bagi  memastikan  keberkesanan
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183