Page 178 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 178

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 170

               Norlizawati dan Norhafinas (2020) yang merumuskan bahawa pelajar berpusahati dan
               seronok  apabila  pensyarah  menyediakan  bahan  pembelajaran  yang  menarik  dan
               sistematik.  Melalui  persekitaran  pembelajaran  atas  talian,  pensyarah  dapat
               menyediakan  dan  menyampaikan  pelbagai  bahan  pembelajaran  melalui  sumber
               digital  pengajaran  seperti  Google  Classroom,  platform  persidangan  video  dan
               rangkaian  media  sosial  lain  (Salleh  &  Rosli,  2020).  Manakala  pelajar  pula  dapat
               mencapai kandungan pembelajaran terhadap kursus yang dipelajari melalui teknologi
               seperti komputer desktop, komputer riba, tablet, telefon pintar dan televisyen. Hal ini
               selaras  dengan  dapatan  Nor  Aidawati  dan  Mazidah  (2021)  di  mana  pelajar  yang
               mempunyai  tahap  kepuasan  pembelajaran  yang  tinggi  adalah  pelajar  yang
               mempunyai  persekitaran  pembelajaran  atas  talian  yang  baik  di  mana  kandungan
               pembelajaran mudah diakses tanpa mengira waktu dan tempat.

                       Berdasarkan  perbincangan,  dapat  dirumuskan  bahawa  pelajar  berpuas  hati
               dengan  pelaksanaan  pengajaran  atas  talian  yang  diberikan  oleh  para  pensyarah
               sama  ada  secara  segerak  mahupun  tidak  segerak.  Selaras  dengan  pendapat
               Langford (2020) yang menyatakan bahawa pembelajaran segerak memberi peluang
               kepada pelajar untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan tentang kandungan
               pembelajaran  secara  langsung  dengan  pensyarah.  Interaksi  segerak  yang  berlaku
               antara pelajar dengan pensyarah dan bersama rakan pelajar lain dapat menyumbang
               perasaan tentang kewujudan rakan pembelajaran seperti pembelajaran bersemuka di
               dalam  kelas.  Rakan  sama  pembelajaran  di  bilik  kuliah  dapat  memberi  sokongan
               tambahan kepada pelajar untuk mengembangkan kefahaman terhadap sesuatu topik
               yang dibincangkan. Di samping itu, Mishra et al., (2020) juga menjelaskan bahawa
               persekitaran pembelajaran atas talian juga menjadi lebih bermanfaat kepada pelajar
               dan mempunyai tahap interaksi yang tinggi apabila kemahiran pembelajaran secara
               digital digunakan dengan berkesan oleh pensyarah dan pelajar semasa kelas segerak
               berlangsung.

                       Pengalaman pembelajaran atas talian sama ada pembelajaran segerak atau
               tidak  segerak  juga  memberikan  impak  kepada  kepuasan  pelajar  terhadap
               pembelajaran.  Hal  ini  selaras  dengan  dapatan  Msomi  dan  Bansilal  (2018)  yang
               menerangkan tentang pelajar yang mempunyai pengalaman pembelajaran segerak
               tidak semestinya memperoleh gred pencapaian yang tinggi. Hal ini kerana, pelajar
               yang  tidak  dapat  menghadiri  kelas  segerak  masih  dapat  mencapai  kandungan
               pembelajaran  dengan  menonton  video  kelas  segerak  yang  telah  dirakam  oleh
               pensyarah  dengan  berulang  kali  sehingga  mereka  faham  akan  kandungan  yang
               disampaikan.  Oleh  itu,  pelajar  dapat  meneruskan  proses  pembelajaran  dan  dapat
               menghabiskan  sukatan  pembelajaran  walaupun  tidak  dapat  menghadiri  kelas
               bersemuka atas talian yang segerak. Selaras dengan dapatan Mayer et al., (2017)
               bahawa lebih daripada 70 peratus respondennya bersetuju dengan pembelajaran atas
               talian  dan  menyatakan  bahawa  pendekatan  ini  harus  merangkumi  keseluruhan
               sukatan  pembelajaran.  Ini  menunjukkan  bahawa  pelajar  lebih  tertarik  dengan
               pembelajaran  yang  menggunakan  pendekatan  atas  talian  yang  mempunyai
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183