Page 42 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 42
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 34
CABARAN INTERAKSI KURSUS NAHU BAHASA ARAB II SECARA DALAM
TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19
2
1 Nurul Hudaa Binti Hassan, PhD; Normazidah Binti Mahmood, PhD &
3 Ashraf Bin Ismail, PhD
1, 2 IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor
3 Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
nurulhudaa2012@gmail.com
Abstrak
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai institusi pendidikan perlu
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Tujuan kajian ini
adalah untuk meneroka cabaran interaksi Kursus Nahu Bahasa Arab II secara dalam
talian ketika pandemik COVID-19. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan kualitatif
menggunakan pendekatan kajian kes dan data diperoleh melalui temu bual separa
struktur secara dalam talian. Seramai lapan orang pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PISMP) Pengkhususan Pendidikan Agama Islam telah terlibat
sebagai peserta kajian. Tema utama yang diperoleh daripada temu bual bersama
peserta kajian lebih berfokus kepada cabaran yang telah dihadapi semasa mengikuti
kelas Nahu Bahasa Arab II secara dalam talian. Cabaran tersebut adalah masalah
capaian internet, kurang minat dan motivasi untuk belajar, masalah disiplin, masalah
persekitaran, masalah konsentrasi untuk belajar dan perasaan tertekan dengan
pelbagai kekangan. Diharapkan semua pihak yang berkaitan terutama ibu bapa, para
pendidik, pihak institusi pendidikan dan lain-lain pihak yang berkaitan dapat memberi
perhatian yang sewajarnya dalam menangani masalah tersebut. Dengan ini proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan yang kondusif dan
harmoni serta jauh dari tekanan perasaan yang serius semasa pandemik COVID-19.
Kata Kunci: Cabaran interaksi, Nahu Bahasa Arab II, pembelajaran secara dalam
talian, Pandemik COVID-19
Abstract
The COVID-19 pandemic causes various educational institutions to implement online
teaching and learning. The purpose of this study was to explore the online learning
Arabic Grammar II during the COVID-19 pandemic. The design of this qualitative study
used a case study approach and data were obtained through online semi-structured
interviews. A total of eight students of the Bachelor of Education Program specializing
in Islamic Religious Education were involved as participants in this study. The main
theme obtained from the interview is more towards the challenges that have been
encountered during online learning Arabic Grammar II. The challenges that have been
raised are internet access problems, lack of interest and motivation, disciplinary
problems, environmental problems, concentration problems to study and feelings of
depression with various constraints. It is hoped that all relevant parties, especially
parents, educators, educational institutions and other relevant parties can give due
attention in dealing with students' problems so that they can learn in a conducive and

