Page 73 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 73
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 65
multivariate. Memandangkan data LPG bertaburan normal secara univariate tetapi
tidak bertaburan secara multivariate, maka Maximum Likelihood dengan kaedah
Robust digunakan.
Jadual 9: Nilai Pencongan dan Kurtosis
Item Pencongan Kurtosis
1 -0.2885 -1.9168
2 -0.0217 -1.9995
3 -1.4903 0.2211
4 -1.0717 -0.8514
5 0.1598 -1.9744
6 0.0683 -1.9953
7 -1.9292 1.7219
8 -1.9292 1.7219
9 0.0031 -2
10 1.2679 -0.3923
11 0.1525 -1.9767
12 -1.2273 -0.4938
13 0.6054 -1.6335
14 0.1734 -1.9699
15 0.6883 -1.5263
Penilaian Keserasian Model (Model Fit)
Hasil analisis (Jadual 10) menunjukkan kesemua indeks keserasian model adalah
memuaskan, di mana indeks NFI (0.924), CFI (0.928), IFI (0.928), GFI (0.955) dan
AGFI (0.918) adalah melebihi 0.90. Tambahan pula nilai SRMR (0.041) dan RMSEA
(0.062) adalah masing-masing kurang daripada 0.05 dan 0.08. Hal ini menunjukkan
Model Pengukuran Efikasi Guru dalam Penggunaan Pedagogi KBAT adalah serasi
dengan sampel kajian ini.
Jadual 10: Indeks Keserasian Model
Df χ² NFI CFI IFI GFI AGFI SRMR RMSEA
109 850.674 0.924 0.928 0.943 0.955 0.918 0.041 0.062
Kesahan Konvergen
Selain meneliti indeks keserasian, parameter juga diteliti untuk mengenal pasti
keserasian setiap parameter. Hal ini bermakna pemuatan faktor setiap item juga
diteliti. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 11, pemuatan faktor setiap item adalah
melebihi 0.30, iaitu dari 0.369 hingga 0.795. Hal ini menunjukkan kesemua item dapat
menyumbang secara signifikan kepada konstruk masing-masing. Dengan kata lain
Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi KBAT mempunyai
kesahan konvergen.

