Page 75 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 75
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 67
Bukti kukuh dari pakar telah membantu meningkatkan keyakinan terhadap kandungan
instrumen (George et al. 2015).
Analisis dari segi keserasian model menunjukkan kesemua indeks keserasian
model adalah memuaskan, di mana indeks NFI (0.924), CFI (0.928), IFI (0.928), GFI
(0.955) dan AGFI (0.918) adalah melebihi 0.90. Menurut Byrne (2001), Hooper, et al.
(2008), Marcoulides & Hershberger (1997), indeks keserasian model yang melebihi
0.90 menunjukkan model adalah serasi dengan data sampel. Hal ini menunjukkan
Model Pengukuran Efikasi Guru dalam Penggunaan Pedagogi KBAT adalah serasi
dengan sampel kajian ini. Selain itu, nilai SRMR (0.041) dan RMSEA (0.062) adalah
masing-masing kurang daripada 0.05 dan 0.08. Hal ini juga memberi bukti bahawa
Model Pengukuran Efikasi Guru dalam Penggunaan Pedagogi KBAT adalah serasi
dengan sampel kajian ini. Hal ini juga bermakna data yang diperoleh dapat
menjelaskan tahap efikasi guru dalam penggunaan pedagogi KBAT dengan baik.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pemuatan faktor setiap item adalah
melebihi 0.30, iaitu dalam julat 0.369 hingga 0.795. Menurut Hinton et al. (2004),
sesuatu pemboleh ubah menyumbang secara signifikan kepada faktornya sekiranya
pemuatannya adalah 0.30 ke atas. Hal ini menunjukkan kesemua item dalam
instrumen ini dapat menyumbang secara signifikan kepada konstruk masing-masing.
Dengan kata lain Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi
KBAT mempunyai kesahan konvergen. Kesemua nilai korelasi antara konstruk adalah
kurang daripada 1.0. Menurut Byrne (2006), korelasi antara konstruk dalam model
yang tidak melebihi 1.0 menunjukkan model mempunyai kesahan diskriminan yang
memadai. Hal ini menunjukkan instrumen ini mempunyai kesahan diskriminan.
Maka berdasarkan hasil analisis instrumen ini, jelas menunjukkan kesemua
item adalah sah untuk mengenal pasti tahap efikasi guru dalam penggunaan pedagogi
KBAT. Dapatan daripada analisis telah berjaya membuktikan secara statistik bahawa
instrumen ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan wajar
digunakan untuk memperoleh maklumat tentang tahap efikasi guru dalam
penggunaan pedagogi KBAT.
KESIMPULAN
Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) didapati mempunyai ciri-ciri psikometrik yang baik setelah
diketengahkan bukti-bukti dari sudut kesahan dan kebolehpercayaan. Dengan
instrumen tersebut, tahap efikasi guru dalam penggunaan pedagogi kemahiran berfikir
aras tinggi dapat dikenal pasti. Instrumen ini amat berguna untuk memahami tahap
efikasi guru dalam penggunaan pedagogi kemahiran berfikir aras tinggi. Hasil dapatan
daripada penggunaan instrumen ini akan membolehkan program pembangunan
profesionalisme dirancang dengan lebih berkesan. Selain itu, hasil dapatan daripada

