Page 74 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 74
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 66
Jadual 11: Nilai Pemuatan Faktor
Indikator/Item Pemuatan Faktor
1 0.635
2 0.548
3 0.507
4 0.633
5 0.691
6 0.728
7 0.596
8 0.795
9 0.730
10 0.622
11 0.577
12 0.369
13 0.500
14 0.644
15 0.571
Kesahan Diskriminan
Penilaian dari aspek kesahan diskriminan menunjukkan bahawa kesemua nilai
korelasi antara konstruk adalah kurang daripada 1.0 (Jadual 12). Hal ini menunjukkan
instrumen ini mempunyai kesahan diskriminan.
Jadual 12: Nilai Korelasi antara Faktor
Strategi Teknik Teknik Pentaksiran
Pembelajaran Perbincangan
Strategi Pembelajaran
Teknik Perbincangan 0.961
Teknik Pentaksiran 0.770 0.807
PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan Instrumen
Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi KBAT adalah tinggi, di mana
nilai Cronbach's Alpha bagi instrumen ini adalah 0.940. Menurut Popham (1990) dan
Nitko (2001), nilai Cronbach's Alpha yang mendekati 1.0 menunjukkan tahap
kebolehpercayaan berada pada tahap baik, tinggi, dan berkesan. Hal ini menunjukkan
instrumen ini adalah efektif dengan tahap konsisten yang tinggi dan boleh digunakan
dalam penyelidikan sebenar.
Hasil penilaian pakar menunjukkan kesemua item adalah sesuai digunakan
untuk memperoleh maklumat tentang ketiga-tiga faktor, iaitu faktor efikasi guru dalam
strategi pembelajaran KBAT, efikasi guru dalam teknik perbincangan KBAT dan
efikasi guru dalam teknik pentaksiran KBAT. Kesahan kandungan yang dilakukan oleh
pakar telah memberi maklumat penting tentang kesahihan kandungan instrumen ini.

