Page 72 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 72

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 64

               Kesahan Kandungan
               Hasil penilaian ketiga-tiga orang penilai adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
               7. Hasil penilaian ketiga-tiga orang penilai menunjukkan min kesesuaian item bagi
               kesemua item dalam instrumen adalah melebihi 2.5 (Jadual 7). Terdapat 11 item yang
               min  kesesuaiannya  melebihi  4.  Hanya  satu  item  sahaja  yang  mempunyai  min
               kesesuaian dalam julat 3 ≤ x < 3.5. Min keseluruhan adalah 3.62. Hal ini menunjukkan
               dari pandangan ketiga-tiga orang penilai, kesemua item dapat menguji faktor yang
               dibentuk dalam kajian ini. Oleh itu, instrumen mempunyai kesahan konten ataupun
               kandungan dari pandangan tiga orang penilai.

               Jadual 7: Kesesuaian Item untuk Mengumpul Maklumat tentang Faktor Pengukuran Efikasi
               Guru dalam Penggunaan Pedagogi KBAT

                              Min Item x                             Jumlah Item
                                 X ≥ 4                                    11
                              3.5 ≤ x < 4                                 3
                              3 ≤ x < 3.5                                 1
                                x < 3.5                                   -
                              Jumlah Item                                 15


                       Penilaian dari segi kejelasan item menujukkan min bagi kesemua item adalah
               melebihi 2.5 (Jadual 8). Sebanyak 13 item mempunyai min kejelasan melebihi 4. Item
               yang selebihnya iaitu 2 item mempunyai min kejelasan dalam julat 3.5 ≤ x < 4. Hal ini
               menunjukkan dari pandangan para penilai, item-item ini adalah jelas. Memandangkan
               semua item dalam instrumen ini mempunyai min kesesuaian dan kejelasan melebihi
               2.5, maka semua item dikekalkan dalam instrumen ini.

               Jadual 8: Hasil Penilaian Kejelasan Item bagi Instrumen Pengukuran Efikasi Guru dalam
               Penggunaan Pedagogi KBAT

                              Min Item x                            Jumlah Item
                                 x ≥ 4                                   13
                              3.5 ≤ x < 4                                 2
                              3 ≤ x < 3.5                                 -

                                x < 3.5                                   -
                              Jumlah Item                                15


               Penilaian Kenormalan (Normality) Data
               Hasil analisis EQS 6.1 menunjukkan kesemua nilai pencongan bagi indikator Model
               adalah  dalam  julat  -3  hingga  +3  seperti  yang  ditunjukkan  dalam  Jadual  9.  Hal  ini
               menunjukkan  data  adalah  bertaburan  normal.  Setelah  meneliti  nilai  kurtosis
               multivariate,  didapati nilai anggaran  kenormalan  Mardia  adalah  23.3969,  iaitu  jauh
               melebihi  nilai  +6.  Hal  ini  menunjukkan  data  tidak  bertaburan  normal  secara
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77