Page 71 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 71

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 63

               dan nilai korelasi antara faktor atau konstruk. Menurut Kline (2005), suatu model yang
               baik perlu mempunyai indikator yang nilai pemuatan faktor  yang tinggi dalam sesuatu
               faktor atau dengan kata lain perlu mempunyai kesahan “konvergen”  serta mempunyai
               korelasi antara faktor yang tidak tinggi ataupun kesahan diskriminan. Pemuatan faktor
               dan korelasi antara faktor-faktor juga dikaji untuk mengenal pasti kesahan konvergen
               dan kesahan diskriminan. Apabila saiz sampel adalah kecil, pemuatan faktor standard
               (standardized  factor  loading)  perlu  melebihi  0.60  bagi  menunjukkan  model
               mempunyai  ciri-ciri  psikometrik  yang  baik  (Kline,  2005).  Satu  pemboleh  ubah
               menyumbang secara signifikan kepada faktornya sekiranya pemuatannya adalah 0.30
               ke atas (Hinton et al., 2004). Korelasi antara faktor perlu rendah bagi menunjukkan
               model mempunyai kesahan diskriminan, misalnya kurang daripada 0.85 (R. B. Kline,
               2005) ataupun tidak melebihi 1.0 (Byrne, 2006).

                       Kajian  ini  menyelidik  kesahan  konvergen  dan  kesahan  diskriminan
               berdasarkan  kriteria  yang  ditunjukkan  dalam  Jadual  6.  Sekiranya  pemuatan  faktor
               item-item  melebihi  0.30,  hal  ini  memberi  bukti  bahawa  model  yang  dibentuk
               mempunyai  kesahan  konvergen.  Dari  segi  kesahan  diskriminan  pula,  kebanyakan
               kajian menggunakan saranan Kline (2005) untuk membuat keputusan. Tetapi kajian
               ini  meneliti  kesahan  diskriminan  berdasarkan  saranan  Byrne  (2006),  iaitu  korelasi
               antara  faktor-faktor  dalam  Model  yang  tidak  melebihi  1.0  menunjukkan  model
               mempunyai  kesahan  diskriminan  yang  memadai.  Memandangkan  kajian  ini
               menggunakan perisian EQS 6.1 untuk menjalankan analisis data, oleh itu keputusan
               tentang  kesahan  diskriminan  dibuat  berdasarkan  saranan  Byrne  (2006)  yang  juga
               menggunakan analisis EQS.

               Jadual 6: Kriteia-kriteria yang Digunakan untuk Menentukan Kesahan Konvergen & Kesahan
               Diskriminan

                              Jenis Kesahan                                 Kriteria
                Kesahan Konvergen                                  Pemuatan faktor item ≥ 0.30
                                                             (Hinton, Brownlow, McMurray & Cozens,
                                                                             2004)

                Kesahan Diskriminan                           Korelasi antara konstruk-konstruk < 1.0
                                                                         (Byrne, 2006)




               DAPATAN KAJIAN

               Kebolehpercayaan
               Hasil analisis menunjukkan nilai Cronbach's Alpha bagi Instrumen Pengukuran Efikasi
               Guru Dalam Penggunaan Pedagogi KBAT adalah 0.940. Hal ini menunjukkan tahap
               kebolehpercayaan instrumen ini adalah tinggi. Hal ini juga bermakna instrumen ini
               mempunyai  kestabilan  dan  kekukuhan  untuk  mengukur  tahap  efikasi  guru  dalam
               penggunaan pedagogi KBAT.
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76