Page 91 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 91

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 83

               decrease in respondents' behavioural of 80.65% after using the Badge Button token.
               This increase in respondent behaviour change proves that the Badge Button token
               can motivate respondents to control destructive behaviour.

               Keywords: Behavior, Destructive, Economic Tokens


               PENDAHULUAN

               Menurut  Adibah  Hanim  et  al.  (2016),  tingkah  laku  murid  merupakan  tindak  balas
               daripada  rangsangan  stimulus  dari  dalaman  mahupun  luaran  yang  berupaya
               merangsang murid daripada melakukan sesuatu perlakuan hingga memberi kesan
               kepada  persekitaran  mereka.  Sekiranya  tingkah  laku  murid  tidak  dikawal  dengan
               sempurna, maka akan timbul masalah tingkah laku.

                       Teknik  token  merupakan  sebuah  kaedah  yang  diolah  dari  Teori  Pelaziman
               Operan Skinner. B. F. Skinner (1958). Beliau mempercayai bahawa sesuatu tingkah
               laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Dengan
               adanya  ganjaran  dan  hukuman  yang  sesuai,  maka  tingkah  laku  positif  dapat
               dikekalkan manakala tingkah laku negatif murid-murid akan diubah. Menurut Skinner,
               pelaziman  operan  terdiri  daripada  tiga  konsep  utama  iaitu  peneguhan,  denda  dan
               pelupusan.  Dendaan  adalah  kesan  negatif  yang  membawa  kepada  pengurangan
               dalam  kekerapan  berlakunya  tingkah  laku  tersebut.  Ia  juga  bertujuan  untuk
               menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.

                       Penggunaan token Badge Button merupakan salah satu bentuk motivasi yang
               bersifat  ekstrinsik  iaitu  bersifat  daripada  luaran.  Secara  umumnya,  pelaksanaan
               sistem ini ialah individu akan diberi ganjaran apabila menunjukkan tingkah laku yang
               positif dan sebaliknya Badge Button akan ditarik apabila individu menunjukkan tingkah
               laku  negatif.  Pemberian  ganjaran  yang  sesuai  akan  diberikan  pada  akhir  tempoh
               tertentu  yang  telah  ditetapkan  dan  jika  Badge  Button  yang  dikumpulkan  mengikut
               kriteria mata ganjaran yang disenaraikan oleh pengkaji.

                       Dalam  pembelajaran,  tingkah  laku  manusia  boleh  dibentuk  dengan  cara
               menggunakan skema-skema peneguhan, sama ada peneguhan positif atau negatif.
               Peneguhan ini pula boleh dilakukan secara berterusan atau secara berjadual, iaitu
               berkala. Token boleh ditukar dengan ganjaran yang disediakan. Berdasarkan kajian
               yang dibuat oleh Bahlet et. al. (2000) dalam Holly et. al. (2004), yang mengatakan
               penggunaan  token  ekonomi  berkesan  dalam  mengurangkan  tingkah  laku  disruptif
               dalam kalangan kanak-kanak.

                       Guru boleh menggunakan banyak teknik untuk memodifikasikan tingkah laku
               murid-muridnya.  Oleh  yang  demikian,  seorang  guru  perlu  mempunyai  kemahiran
               dalam mengurus tingkah laku. Menurut Singh (2012) guru-guru perlu menggunakan
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96