Page 9 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 9

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 1

                  KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) MELANGKAUI
                           EKOSISTEM PEMBELAJARAN DINAMIK PENSYARAH IPG
                                           SEMASA PANDEMIK COVID-19

                                                              2
                             1 Razila Aw Kamaluddin, PhD;  Abdul Hadi Mat Dawi, PhD;
                                                   4
                                                                                   5
                      3 Zulkufli Mahayudin, PhD;  Kartini Abdul Mutalib, PhD &  Jurina Ibrahim

                                    1 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya
                                              2,3 IPG Kampus Ipoh, Perak
                                       4 IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah
                                     5 IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

                                            razila@epembelajaran.edu.my


                                                        Abstrak

               Kejayaan  sesuatu  agenda  transformasi  seperti  pelaksanaan  inisiatif  Kapasiti
               Pedagogi  Pembelajaran  Bermakna  (KPPB)  bergantung  kepada  sokongan  semua
               pihak daripada semua peringkat organisasi dengan meningkatkan pengetahuan dan
               melaksanakan  perubahan.  Inisiatif  KPPB  mempunyai  potensi  besar  melonjakkan
               persekitaran  pendidikan  IPG  melangkaui  Ekosistem  Pembelajaran  Dinamik
               terutamanya dalam pelaksanaan pembelajaran bermakna. Ekosistem pembelajaran
               dinamik merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang  mempunyai ciri-ciri 5B iaitu
               Beyond the Bell, Beyond the Grade Level & Subject, Beyond the Walls, Beyond the
               Tools,  dan  Beyond  the  Due  Date. Kajian  yang  dijalankan  oleh  IPGM  ini  bertujuan
               untuk  mengenal  pasti  pengetahuan  para  pensyarah  melaksanakan  pembelajaran
               bermakna  semasa  Pandemik  Covid-19.  Justeru,  kajian  ini  menggunakan  kaedah
               tinjauan  dan  proses  pengumpulan  data  KPPB  dijalankan  menggunakan  Instrumen
               soal  selidik  KPPB  Pensyarah  yang  ditadbirkan  kepada  sampel  kajian  secara  atas
               talian.  Seramai  3000  orang  pensyarah  yang  telah  menerima  bimbingan  kapasiti
               pedagogi  pembelajaran  bermakna  (KPPB)  daripada  27  buah  IPG  kampus    telah
               menjawab soal selidik ini. Instrumen soal selidik pengetahuan KPPB terdiri daripada
               40 item dimensi kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna, dan 6 item kompetensi
               global. Dapatan analisis menunjukkan 40.6 % pensyarah telah mencapai tahap tinggi,
               39.6% pada tahap sederhana dan 19.6 % pada tahap rendah dari segi penguasaan
               KPPB. Dapatan kajian ini memerihalkan kepentingan pengetahuan dalam pedagogi
               terkini bagi menyemarakkan pendidikan dalam konteks Institut Pendidikan Guru (IPG)
               sebagai peneraju pusat kecemerlangan KPPB melangkaui Ekosistem Pembelajaran
               Dinamik  dan  latihan  keguruan  yang  bertaraf  dunia.  Ringkasnya  dapatan
               mencerminkan peranan yang dimainkan oleh IPG KPM berada di atas landasan yang
               betul ke arah melahirkan guru yang kompeten.

               Kata  kunci:  Ekosistem  Pembelajaran,  IPGM,  Kapasiti  Pedagogi  Pembelajaran
               Bermakna (KPPB), Pembelajaran Bermakna, Pembelajaran Dinamik.


                                                        Abstract

               The success of a transformative agenda such Pedagogies Capacity for Deep Learning
               (KPPB) is based on the contribution from all parties of all organisation levels to upskills
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14