Page 11 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 11

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 3


































                 Rajah 1. Adaptasi Fullan & Langworthy (2014). A Rich Seam-How New Pedagogies Find
                                                     Deep Learning.


                       Sebagai  langkah  proaktif,  IPGM  telah  memulakan  inisiatif  KPPB  dengan
               berdasarkan  New  Pedagogies  for  Deep  Learning  (NPDL)  (Fullan,  Quinn,  &
               McEachen, 2018) di peringkat dunia serta kerangka kerja 3R (Daggert, 2016) dan
               kerangka  kerja  3E  (Kolb,  2017).  Matlamat  pelaksanaan  KPPB  di  IPG  adalah
               memastikan  pelajar  IPG  dapat  mencapai  pembelajaran  bermakna  dengan
               menyediakan  persekitaran  pembelajaran  bermakna  di  IPG  sebelum  berkhidmat
               sebagai  guru  terlatih  di  sekolah.  Projek  Rintis  KPPB  bermula  2018  menyediakan
               peluang  dan  ruang  kepada  warga  IPG  Kampus  untuk  menimba  pengalaman
               pelaksanaan KPPB di 3 IPGK rintis iaitu IPG Kampus Teknik, IPG Kampus Pulau
               Pinang  dan  IPG  Kampus  Ipoh.  Pada  tahun  2019,  peluasan  dua  pelaksanaannya
               kepada 14 IPGK telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Manakala pada tahun 2020,
               sebanyak 10 lagi baki IPGK telah berjaya diberi pendedahan KPPB. Sehingga kini,
               seramai  3000  orang  pensyarah  di  27  buah  IPG  telah  didedahkan  dengan  KPPB.
               Inisiatif KPPB telah diteroka dan dikembangkan melalui adaptasi beberapa model,
               teori dan kerangka kerja sehingga menjadi suatu model yang boleh dioperasikan iaitu
               Model KPPB versi 2.0. Sehubungan itu, Model KPPB 2.0 telah mendapat kelulusan
               MyIPO dari segi hak harta intelek dengan hakmiliknya dipegang oleh IPGM.

                       Mulai  tahun  2021  semua  IPG  Kampus  telah  melaksanakan  sepenuhnya
               pedagogi ini dengan capaian keseluruhan pensyarah menguasai dengan tahap tinggi.
               Walaupun di musim pandemik yang melanda negara malah dunia kini, namun semua
               Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di IPG kampus terus dilaksanakan sama ada
               berbentuk hybrid atau secara dalam talian. PdP di musim pandemik dikatakan lebih
               menjurus  sepenuhnya  kepada  digital.  KPPB  telah  melangkaui  ekosistem  digital
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16