Page 13 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 13

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 5


                       Dapatan  kajian-kajian  terkini  tentang  pelaksanaan  KPPB  di  1,200  sekolah
               mendapati negara seperti Australia, Canada, Finland, the Netherlands, New Zealand,
               the  United  States,  dan  juga  Uruguay  telah  berjaya  meningkatkan  kompetensi  6C
               dalam kalangan murid-murid di sekolah. (Fullan, Quinn, & McEachen, 2018). Bagi
               mencapai pembelajaran bermakna, pedagogi perlu menekankan kepada kebolehan
               pelajar  menggunakan  pengetahuan  kandungan  untuk  mencipta  dan  menghasilkan
               pengetahuan  baharu  yang  dapat  dimanfaatkan  dalam  kehidupannya.  Guru  dan
               pelajar  secara  bersama  meneroka  kandungan.  Penggunaan  dan  pemanfaatan
               teknologi  adalah  secara  ‘ubiquitous’  (pembelajaran  berlaku  di  mana-mana).
               Ringkasnya, pensyarah perlu meningkatkan kapasiti pedagogi dan kemahiran digital
               mereka  sepertimana disarankan  oleh  Jacob  dan  Alcock  (2017) supaya  mengubah
               pedagogi  daripada  pedagogi  antik  dan  pedagogi  kelasik  kepada  pedagogi
               kontemporari.  Sehubungan  itu,  kajian  terhadap  penguasaan  pensyarah  dalam
               melaksanakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran semasa
               Pandemik Covid-19 adalah perlu dilakukan.



               TUJUAN KAJIAN

               Kajian yang dijalankan oleh IPGM ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan
               para  pensyarah  dalam  melaksanakan  Kapasiti  Pedagogi  Pembelajaran  Bermakna
               (KPPB) dalam konteks amalan pedagogi, pemanfaatan digital dalam Pengajaran dan
               Pembelajaran serta penguasaan kompetensi global 6C semasa Pandemik Covid-19.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Secara khususnya kajian adalah bagi
               1.    Mengenal  pasti  tahap  penguasaan  para  pensyarah  dalam  melaksanakan
                     pembelajaran bermakna; dan
               2.     Mengenalpasti penguasaan para pensyarah dalam menguasai kompetensi
                     global 6C.


               PERSOALAN KAJIAN

               1.     Apakah tahap penguasaan para pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran
                     bermakna?
               2.     Adakah para pensyarah menguasai kompetensi global 6C dalam
                     melaksanakan pengajaran dan pembelajaran?

               KEPENTINGAN KAJIAN
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18