Page 14 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 14

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 6

               Kajian ini sangat signifikan kerana dapatan kajian KPPB ini adalah selaras dengan
               perkembangan  pedagogi  terkini.  Perluasan  bidang  penyampaian  kurikulum
               pendidikan guru tidak lagi terhad kepada konteks bilik kuliah tetapi telah melibatkan
               banyak  aspek  seperti  yang  terkandung  dalam  model  KPPB  ini.  Penguasaan
               pensyarah dalam pemanfaatan digital dan pemerolehan kemahiran kompetensi global
               6C  boleh  membantu  pensyarah  dan  pelajar-pelajar  meneroka  pembelajaran
               bermakna serta impaknya dalam dunia pendidikan guru khususnya apabila berlaku
               pandemik seperti Pandemik Covid-19.




               METODOLOGI

               Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
               Kaedah kutipan data dijalankan melalui soal selidik. Reka bentuk kajian tinjauan dipilih
               bagi  memberikan  penerangan  yang  sistematik  mengenai  fakta  dan  ciri  sesuatu
               populasi atau bidang yang dikaji secara fakta dan tepat (Fraenkel & Wallen, 2009).
               Sehubungan  itu,  kajian  ini  menggunakan  statistik  deskriptif  kerana  melibatkan
               pengumpulan  maklumat  yang  menerangkan  fenomena  yang  berkaitan  bagi
               membolehkan pengkaji mengenalpasti peratusan bagi pembolehubah yang dikaji.


               RESPONDEN KAJIAN

               Jumlah pensyarah  yang sedang berkhidmat di 27 IPG Kampus ialah seramai 3200
               orang.  Dalam  kajian  ini,  instrumen  telah  ditadbirkan  secara  dalam  talian  kepada
               semua  pensyarah  di  27  buah  kampus  IPG  yang  melaksanakan  KPPB.  Walau
               bagaimanapun,  hanya  sejumlah  3000  orang  pensyarah  sahaja  selaku  responden
               kajian telah menjawab instrumen KPPB tersebut. Jumlah ini adalah amat mencukupi
               bagi mewakili populasi pensyarah IPG di seluruh 27 Kampus di seluruh Malaysia.


               INSTRUMEN KPPB

               Instrumen  KPPB  dibina  berdasarkan  kepada  Model  Reka  Bentuk  Pembelajaran
               Bermakna seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19