Page 12 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 12
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 4
seperti terlaksana di negara maju dalam pendidikan yang lain. Sejak tahun 2020,
apabila negara diisytihar terlibat dengan pandemik Covid-19, corak penyampaian,
pengajaran dan pembelajaran KPPB beralih kepada pendidikan norma baharu iaitu
kaedah maya atau secara dalam talian. Semua bengkel KPPB disampaikan kepada
pensyarah di seluruh negara secara dalam talian. Ini termasuklah program bimbingan
instruksional yang melibatkan bimbingan pensyarah IPG kepada guru-guru di sekolah
yang terlibat melaksanakan program bimbingan instruksional KPPB.
PERNYATAAN MASALAH
Semua tenaga pengajar dan pelajar menggunakan aplikasi yang menjadi wadah
utama untuk menyampai dan menerima ilmu pengetahuan. Sudah pasti pembelajaran
ekosistem secara dalam talian menjadi platform utama sehingga kini. Keberkesanan
cara ini menjadikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Malah
dengan berkembangnya penggunaan aplikasi dalam talian ini, KPPB lebih membawa
kepada pensyarah dan pelajar melangkui dunia sebenar pelajar dan menjelajah ke
seluruh dunia. Pembelajaran bermakna mengembangkan persekitaran pembelajaran
melewati dan merentasi bilik kuliah tradisional dengan menggunakan masa, ruang,
dan kepakaran dalaman atau luaran sebagai pemangkin untuk membina pengetahuan
baharu dan mewujudkan budaya pembelajaran yang kukuh secara berterusan.
Pemanfaatan resos dan alatan digital dalam model kerangka kerja 3E oleh Liz Kolb
(2017) secara ubiquitous telah berjaya memacu dan memperdalam pembelajaran
melalui enggagement, enhancement dan extention. Begitu juga praktis kerangka kerja
3R iaitu Rigor, Relevance dan Relationship perlu difahami dan seharusnya
diaplikasikan dengan berkesan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan KPPB yang berjaya mestilah melangkaui
Ekosistem Pembelajaran Dinamik”. Berdasarkan showcase yang dianjurkan oleh IPG
bagi semester 1, tahun 2021, telah menunjukkan bahawa KPPB telah melangkaui
ekosistem pembelajaran bermakna. Ekosistem pembelajaran dinamik mempunyai
ciri-ciri 5B iaitu Beyond the Bell, Beyond the Grade Level & Subject, Beyond the Walls,
Beyond the Tools, dan Beyond the Date Due (Bell, 2018). Beyond the Bell merujuk
kepada pembelajaran yang tidak terhenti apabila waktu kelas tamat. Dengan adanya
teknologi digital, pelajar boleh meneruskan pembelajaran pada sebarang masa dan
tempat mengikut keperluan mereka. Beyond the Grade Level & Subject merujuk
kepada pembelajaran yang melangkaui bidang subjek atau kursus, dan tahun
pengajian pelajar. Pembelajaran tidak seharusnya terikat dengan sesuatu kursus atau
subjek sahaja. Beyond the Walls pula merujuk kepada pendekatan pembelajaran yang
membawa dunia kepada pelajar dan membawa pelajar kepada dunia sebenar.
Beyond the Tools pula merujuk kepada pemanfaatan digital perlu melangkaui perkara-
perkara tradisional dengan niat mengurangkan penggunaan kertas atau sebagai
alternatif semata-mata. Akhir sekali, Beyond the Date Due merujuk kepada
pembelajaran dalam kalangan pelajar yang seharusnya dilakukan secara berterusan
dan tidak terhenti pada pentaksiran akhir sesuatu tugasan.

