Page 138 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 138

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               Jadual 5:  Defuzzification Elemen Kompetensi Kepimpinan Spiritual

           Bil   Elemen             m1     m2     m3       Skor Fuzzy  Keputusan   Pangkatan
                                                           (A)
            1   Integriti           .860   .980   1.000    .947       Terima         2
            2   Amanah              .860   .980   1.000    .947       Terima         2
            3   Akhlak              .867   .983   1.000    .950       Terima         1
            4   Sahsiah             .853   .977   1.000    .943       Terima         7
            5   Jiwa kemanusiaan    .860   .980   1.000    .947       Terima         2
            6   Kerja sebagai ibadah   .860   .980   1.000   .947     Terima         2
            7   Nilai murni         .853   .977   1.000    .943       Terima         9
            8   Telus               .847   .970   .997     .938       Terima         8
            9   Jujur               .860   .980   1.000    .947       Terima         2


               PERBINCANGAN

               Hasil analisis menggunakan Fuzzy Delphi yang berasaskan kesepakatan 30 orang
               pakar, didapati bahawa sembilan elemen yang diuji telah memenuhi ketiga-tiga
               syarat yang ditetapkan. Oleh itu, kesemua elemen disahkan dan dapat diterima
               sebagai elemen di dalam konstruk kompetensi kepimpinan spiritual, bagi
               pemimpin pertengahan pendidikan di Malaysia. Menariknya pendekatan  Fuzzy
               Delphi  ini  turut berupaya menentukan kedudukan pangkatan setiap elemen
               berdasarkan pandangan pakar secara kuantitatif. Dapat diperhatikan daripada
               Jadual 5, elemen-elemen yang disusun sebelum diuji, diberi pangkatan yang
               berbeza berbanding senarai awal. Elemen akhlak menjadi elemen paling utama
               dengan nilai skor fuzzy = 0.950, manakala lima elemen diberi pangkatan kedua
               penting dalam konstruk kompetensi kepimpinan spiritual ini iaitu integriti,
               amanah, jiwa kemanusiaan, kerja sebagai  ibadah dan jujur dengan nilai skor
               fuzzy  = 0.47. Dapatan kajian ini juga menunjukkan panel pakar memberi
               persetujuan yang sangat tinggi kepada semua elemen yang diuji apabila nilai
               skor fuzzy  berada pada nilai di atas 0.900 setiap satu. Dapatan ini menunjukkan
               panel pakar memberi perhatian yang penting terhadap konstruk yang diuji.

               Dapatan  kajian  ini  juga secara  langsung  mengesahkan  konstruk  kompetensi
               kepimpinan spiritual. Konstruk spiritual ini sememangnya amat signifikan dalam
               konteks amalan kepimpinan pendidikan di Malaysia. Penyataan ini adalah selari
               dengan pandangan bahawa pemimpin yang memiliki kekuatan spiritual seperti
               berakhlak dan memiliki nilai murni akan berupaya memimpin dengan lebih
               berkesan (Fariza & Ahmad Marzuki, 2020; Mohamad Naqiuddin, et al., 2012).
               Malahan dalam dunia Barat juga, penekanan berkaitan spiritual ini semakin
               berkembang dalam kepimpinan organisasi. Vasconcelos (2019) umpamanya
               menjelaskan bahawa unsur spiritual pada diri individu merupakan suatu
               anugerah (gifts) yang dapat menyumbang kepada kejayaan organisasi dan
               masyarakat. Bezanya dalam pandangan Barat, konstruk spiritual lebih dilihat


                                                                                   133
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143