Page 134 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 134

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                elemen yang disepakati oleh pakar. Secara mudah, penerimaan elemen
                berasaskan kesepakatan pakar dalam Fuzzy Delphi hendaklah memenuhi tiga
                syarat (Mohd Ridhuan, et al., 2017; Saedah, et al., 2020) iaitu:

                i.     Nilai threshold  yang diperoleh lebih kecil atau sama dengan 0.2 (d ≤
                       0.2)
                ii.    Peratus kesepakatan pakar lebih besar daripada 75%, dan
                iv.        Nilai alpha cut setiap elemen lebih besar daripada 0.5 (α-cut  ≥  0.5).

                Jadual 1:  Skala Pembolehubah Linguistik Fuzzy

                     Skala             Pemboleh ubah         Triangular Fuzzy Numbers
                   instrumen              linguistik               (m1, m2, m3)
                       7          Teramat setuju                   (0.9, 1.0, 1.0)
                       6          Sangat setuju                    (0.7, 0.9, 1.0)
                       5          Setuju                           (0.5, 0.7. 0.9)
                       4          Sederhana setuju                 (0.3, 0.5, 0.7)
                       3          Tidak setuju                     (0.1, 0.3, 0.5)
                       2          Sangat tidak setuju              (0.0, 0.1, 0.3)
                       1          Teramat tidak setuju             (0.0, 0,0, 0.1)

                Berdasarkan penjelasan berkaitan proses-proses Fuzzy Delphi yang dinyatakan,
                soal selidik yang dikemukakan adalah bagi menilai kesepakatan pakar terhadap
                elemen konstruk kompetensi kepimpinan spiritual pemimpin pertengahan.
                Elemen bagi konstruk kompetensi kepimpinan spiritual kajian ini adalah seperti
                Jadual 2.

                Jadual 2:  Elemen Konstruk Kompetensi Kepimpinan Spiritual

                    Bil     Elemen
                    1       Integriti
                    2       Amanah
                    3       Akhlak
                    4       Sahsiah diri
                    5       Jiwa kemanusiaan
                    6       Kerja sebagai ibadah
                    7       Nilai murni
                    8       Telus
                    9       Jujur

                Peserta Kajian

                Kajian  ini dijalankan  secara  kuantitatif  menggunakan  teknik  Fuzzy Delphi
                dengan melibatkan seramai 30 orang pakar dalam bidang kepimpinan (Jones &
                Twiss, 1978; Saedah, Norlidah, Dorothy & Zaharah, 2013) yang dipilih secara
                bertujuan berdasarkan pengalaman mereka dalam kepimpinan pertengahan.


                                                                                    129
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139