Page 133 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 133
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Skulmoski, et al., 2007). Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik
yang mengandungi konstruk kompetensi kepimpinan spiritual yang telah
diedarkan kepada pakar. Untuk melaksanakan teknik Fuzzy Delphi dalam kajian
ini, pengkaji terlebih dahulu telah menentukan dan menyusun elemen-elemen
yang diubah suai daripada analisis keperluan dalam bentuk yang lebih kemas dan
teratur untuk diteliti oleh panel pakar. Setelah itu, pengkaji juga menentukan
sekumpulan pakar yang bersetuju untuk memberi sumbangan kepakaran mereka
dalam menyatakan idea, mengkritik dan menambah baik kandungan konstruk
yang telah ditentukan oleh pengkaji. Di dalam penyelidikan ini, pakar yang
terlibat adalah dari universiti awam, pegawai kanan bahagian-bahagian KPM,
Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, Jabatan
Pendidikan Negeri dan sekolah. Panel pakar diminta menyatakan aras
persetujuan terhadap setiap item sama ada Teramat Setuju, Sangat Setuju, Setuju,
Sederhana Setuju, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju dan Teramat Tidak Setuju.
Setelah semua pakar menandakan aras persetujuan masing-masing, pakar juga
diminta memberikan pandangan masing-masing terhadap setiap elemen di dalam
borang soal selidik. Data daripada Skala Likert yang diperoleh kemudian
diterjemahkan ke dalam bentuk data skor Fuzzy dan dianalisis menggunakan
perisian Microsoft Excel. Teknik analisis data ini dikenali sebagai teknik Fuzzy
Delphi atau Fuzzy Delphi Method (FDM).
Instrumen Kajian
Menggunakan teknik FDM, instrumen soal selidik kajian ini boleh dibentuk
berdasarkan sorotan literatur, kajian rintis atau pengalaman (Skulmoski, et al.,
2007), atau menggunakan sorotan literatur, temu bual pakar atau teknik
kumpulan nominal (Mohd Riduan, et al., 2014). Berpandukan pandangan ini,
satu instrumen soal selidik disediakan menerusi tinjauan literatur dan dapatan
analisis keperluan. Instrumen kajian ini menggunakan skala 7 mata bagi
menggambarkan nilai bagi skala linguistik Fuzzy. Skala ini kemudiannya
diterjemahkan kepada nilai skala set Fuzzy. Set Fuzzy memberikan penafsiran
setiap bagi setiap satu elemen yang terkandung di dalamnya dalam selang unit
antara 0 hingga 1 (Ragin, 2007; Ding Kuo & Tai, 2019). Dalam menggunakan
teknik FDM ini, istilah Triangular Fuzzy Numbers merujuk kepada nilai m1, m2
dan m3. Nilai m1 mewakili nilai minimum, manakala m2 mewakili nilai
munasabah dan m3 mewakili nilai maksimum. Skala ini dapat difahami
berdasarkan Jadual 1 seperti berikut:
Berdasarkan Jadual 1, apabila pakar memilih sesuatu nilai umpamanya skala 7,
nilai ini akan diterjemahkan kepada skala Fuzzy berdasarkan nilai iaitu m1 (0.9 =
berkemungkinan 90% setuju), m2 (1.0 = berkemungkinan 100% setuju) dan m3
(1.0 = berkemungkinan 100% setuju). Dengan erti kata yang lain, semakin tinggi
skala Fuzzy yang dipilih, semakin tinggi aras persetujuan dan ketepatan data
yang diperoleh (Mohd Khairul Nuzul, et al., 2018). Seterusnya proses
defuzzification pula perlu dilakukan bagi menetapkan pangkatan (ranking)
128

