Page 135 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 135

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              Persampelan  dalam  teknik  berasaskan  Delphi tidak boleh diperoleh secara
              statistik kerana memerlukan penglibatan pakar yang perlu dikenal pasti terlebih
              dahulu (Adler & Ziglio, 1996). Satu set soal selidik yang mengandungi konstruk-
              konstruk utama kompetensi diedarkan kepada pakar yang dilantik dari kalangan
              pensyarah Universiti Awam, pegawai kanan KPM, pensyarah Institut Pendidikan
              Guru,  Pengarah  Kolej  Vokasional,  pemimpin  pertengahan  kolej  matrikulasi,
              Pegawai  Pendidikan  Daerah,  Pengetua  dan  pemimpin  pertengahan  Kolej
              Tingkatan 6. Panel pakar diminta menyatakan aras persetujuan mereka terhadap
              konstruk utama berpandukan skala Likert 7 mata yang akan diterjemahkan
              kepada skala Fuzzy. Di samping itu, panel pakar juga boleh memberikan ulasan
              mereka dalam borang soal selidik berkenaan. Selanjutnya, data yang diperoleh
              perlu dianalisis menggunakan teknik Fuzzy Delphi.


              DAPATAN KAJIAN

              Dapatan  kesepakatan  pakar  menggunakan Fuzzy Delphi  menggunakan seramai
              30 orang pakar dalam bidang kepimpinan pendidikan dianalisis mengikut syarat-
              syarat yang ditetapkan. Bagi syarat pertama, nilai threshold kesepakatan pakar
              dihitung menggunakan rumus:







              Sekiranya nilai threshold yang diperoleh adalah kurang atau sama dengan 0.2 (d
              ≤ 0.2), maka elemen tersebut akan diterima, sebaliknya jika nilai  threshold
              melebihi 0.2 (d > 0.2), maka elemen berkenaan perlu disingkirkan. Berpandukan
              formula tersebut, maka analisis pertama yang dilakukan adalah menghitung nilai
              threshold  kesepakatan pakar bagi setiap elemen kompetensi kepimpinan
              spiritual. Dapatan analisis ditunjukkan dalam Jadual 3. Didapati bahawa elemen
              integriti memperoleh nilai 0.049, amanah = 0.049, akhlak = 0.042, sahsiah =
              0.055, jiwa kemanusiaan = 0.049, kerja sebagai ibadah = 0.049, nilai murni =
              0.055, telus = 0.067 dan jujur = 0.049. Berpandukan dapatan ini, dapat
              dirumuskan bahawa kesemua elemen kompetensi kepimpinan  spiritual telah
              memenuhi syarat pertama dengan nilai (d  ≤ 0.2). Oleh itu kesemua elemen
              adalah diterima dan perlu diuji pada syarat kedua. Dapatan pengujian threshold
              kesemua elemen ditunjukkan dalam Jadual 3.







                                                                                   130
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140