Page 137 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 137
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Seterusnya, Jadual 4 pula menunjukkan pengujian yang dilakukan terhadap
kesemua elemen kompetensi kepimpinan spiritual dengan menggunakan syarat
kedua iaitu peratus kesepakatan pakar hendaklah melebihi 75%. Penetapan
kesepakatan pakar melebihi 75% ini adalah bersandarkan kepada kaedah
penerimaan elemen dalam pendekatan Delphi konvensional (Chu & Hwang,
2008; Mohd et. al., 2017). Oleh itu, nilai peratus kesepakatan pakar dihitung
berpandukan kepada nilai threshold yang diterima bagi setiap elemen dan dari
penilaian setiap pakar. Nilai peratus kesepakatan pakar ditunjukkan dalam Jadual
4. Berdasarkan Jadual 4, didapati bahawa peratus kesepakatan pakar terhadap
elemen integriti = 100 peratus , amanah = 100 peratus, akhlak = 100 peratus,
sahsiah = 100 peratus, jiwa kemanusiaan = 100 peratus, kerja sebagai ibadah =
100 peratus, nilai murni = 100 peratus, telus = 96.7 peratus dan jujur = 100
peratus. Berpandukan nilai peratus kesepakatan pakar yang diperoleh ini, maka
kesemua elemen memenuhi syarat kedua dengan peratus kesepakatan pakar
melepasi syarat ditetapkan.
Jadual 4: Peratus Kesepakatan Pakar
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Item d ≤ 0.2 30 30 30 30 30 30 30 29 30
% Setiap Item 100. 100. 100. 100. 100. 100. 100. 96.7 100.
d ≤ 0.2
Jadual 3 menunjukkan bahawa semua elemen yang diuji telah memenuhi syarat
purata nilai ‘d’ adalah lebih kecil daripada 0.2, manakala Jadual 3 pula
menunjukkan bahawa semua elemen memenuhi syarat kesepakatan pakar
melebihi 75 peratus. Seterusnya, setelah semua elemen memenuhi syarat pertama
dan kedua, elemen-elemen ini diuji sekali lagi menggunakan syarat ketiga, iaitu
deffuzification dengan berpandukan nilai alpha cut. Nilai alpha cut (α-cut)
merupakan nilai median antara nombor fuzzy (0-1). Oleh yang demikian,
sekiranya nilai purata skor fuzzy numbers adalah melebihi 0.5, maka dapatan ini
menunjukkan elemen tersebut adalah diterima. Analisis dapatan defuzzification
ditunjukkan dalam Jadual 5.
Berdasarkan dapatan analisis syarat ketiga Fuzzy Delphi ini menunjukkan
kesemua elemen melepasi syarat alpha cut yang ditetapkan dengan nilai skor
fuzzy berada diantara 0.938 sehingga 0.950. Dapatan ini menunjukkan bahawa
semua elemen memperoleh kesepakatan yang tinggi dalam kalangan pakar. Oleh
yang demikian, kesemua elemen konstruk kompetensi kepimpinan spiritual ini
adalah diterima.
132

