Page 144 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 144

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                   PENGGUNAAN KAEDAH STOP n STICK BAGI MENINGKATKAN
                   PEMAHAMAN SUBJEK PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN
                    PELAJAR SEMESTER 1 STPM (TAHFIZ) SMKA PUTRAJAYA

                                                        2
                              1 Wardati Najihah Adaham &  Saniah Mohd Ali

                            1,2  Pusat Tingkatan Enam (Tahfiz), SMKA Putrajaya

                                      wardahsmaputra@gmail.com


                                              ABSTRAK

               Pengajian  Am  merupakan  subjek yang  memerlukan kefahaman dan kekuatan
               ingatan bagi menguasai kandungannya. Berlatarbelakangkan asas menghafaz al-
               Quran yang dimiliki pelajar Semester 1 Pusat Tingkatan Enam (Tahfiz), mereka
               mempunyai kelebihan dalam mengingat fakta. Walau  bagaimanapun, apabila
               diberi soalan kefahaman, mereka kelihatan kurang memahami isi-isi penting.
               Oleh  itu,  saya  menggunakan kaedah  Stop n Stick  iaitu pembentangan yang
               digabungjalinkan dengan kaedah Tasmi’ iaitu pengulangan hafalan isi-isi
               penting. Kajian Tindakan ini bertujuan meningkatkan pemahaman  Bab 2
               Semester  1  iaitu  Perlembagaan  Persekutuan. Pemerhatian awal selama dua
               minggu terhadap 23 orang pelajar Semester 1 dan keputusan peperiksaan Sumatif
               1 yang dijalankan mendapati bahawa hanya seorang daripada mereka mendapat
               Purata Nilai Gred (PNG) melebihi 3.00. Setelah kaedah ini digunakan, seramai
               12 orang pelajar telah memperolehi PNG melebihi 3.00 di dalam peperiksaan
               akhir Semester 1. Selain itu, saya juga menemu bual 23 orang pelajar mengenai
               keberkesanan kaedah ini. Melalui  kaedah ini juga, saya dapat menambah  baik
               kualiti pengajaran saya.

               Kata kunci:  Stop  n Stick, Pusat Tingkatan Enam (Tahfiz), Tasmi’,
               pembentangan, PNG melebihi 3.00


                                             ABSTRACT

               Pengajian Am is a subject that requires strong understanding and memory to
               master its content. Based on the memorizing skill in the Quran that Semester 1
               students of the Form Six Center (Tahfiz) have, they have an advantage in
               remembering facts. However, they seemed to lack understanding of the important
               contents. Therefore, I use the Stop N Stick Technique, the combination between
               presentation with Tasmi's method, which is the repetition of memorization of
               important contents during the presentation process. This Action Research aims
               to improve the understanding of Chapter 2 Semester 1 of the Federal
               Constitution. An observation has been made for two weeks on 23 Semester 1

                                                                                    139
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149