Page 146 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 146
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
prestasi mata pelajaran Pengajian Am mereka. Melalui kajian ini, saya berharap
supaya dapat membantu mereka menguasai fakta dan huraian yang penting di
samping merasa selesa dan yakin untuk menyampaikan hujah di hadapan rakan-
rakan sekelas.
Kajian Literatur
Pengajian Am merupakan mata pelajaran wajib lulus (prinsipal) bagi STPM dan
merupakan syarat utama yang bakal melayakkan mereka untuk menyambung
pelajaran di menara gading (Ishak & Dariah, 2008). Ia merupakan mata pelajaran
yang memerlukan kemahiran mengingat dan menganalisis fakta.
PERNYATAAN MASALAH
Peratusan markah yang dicapai pada Peperiksaan Pertengahan Semester 1 yang
lalu menunjukkan prestasi yang sangat sederhana. Jadual 1 berikut memaparkan
keputusan peperiksaan tersebut.
Jadual 1: Prestasi Markah Pengajian Am bagi Peperiksaan Sumatif 1 (Sem. 1)
Bil Gred PNG Kekerapan
1. A 4.00 0
2. A- 3.67 0
3. B+ 3.33 0
4. B 3.00 1
5. B- 2.67 2
6. C+ 2.33 7
7. C 2.00 4
8. C- 1.67 6
9. D+ 1.33 3
10. D 1.00 0
JUMLAH 23
Melalui dapatan ni, didapati bahawa pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred
(PNG) yang melepasi 3.00 hanya seorang sahaja. Manakala 22 pelajar yang lain
mendapat kurang daripada 3.00 iaitu 2 orang mendapat PNG 2.67, 7 orang
mendapat PNG 2.33, 4 orang mendapat PNG 2.00 dan 9 orang daripada bakinya
mendapat PNG 1.33 dan 1.00. Secara keseluruhannya para pelajar ini kurang
menguasai dan mengingati topik dan sub topik penting yang mungkin sekali
berpunca daripada kurangnya kefahaman pada isi-isi penting terutamanya Bab 2
iaitu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan antara topik yang agak sukar
dikuasai dalam Semester 1. Oleh kerana itu, saya berasa terpanggil untuk
memikirkan satu inisiatif yang berkesan untuk mengatasi masalah
ketidakfahaman pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi markah
mereka di dalam setiap ujian sumatif dan formatif yang dijalankan.
141

