Page 147 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 147

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




               OBJEKTIF  KAJIAN

               1.     Memastikan pelajar dapat memahami dan mengingat fakta penting dan
                      huraian Bab 2 Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan  melalui
                      kaedah Stop n Stick.
               2.     Meningkatkan pengajaran guru melalui kaedah  Stop n Stick  dalam
                      meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar Bab 2 Semester 1 iaitu
                      Perlembagaan Persekutuan.


               PERSOALAN KAJIAN

               1.     Adakah  pelajar  dapat  memahami  dan  mengingat  fakta  penting dan
                      huraian Bab 2 Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan  melalui
                      kaedah Stop n Stick?
               2.     Adakah pengajaran guru dapat ditingkatkan melalui kaedah Stop n Stick
                      dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar Bab 2 Semester 1
                      iaitu Perlembagaan Persekutuan?


               METODOLOGI

               Reka bentuk kajian yang dilaksanakan adalah kajian tindakan. Dalam bidang
               pendidikan, kajian tindakan adalah kajian yang dilaksanakan untuk
               menyelesaikan masalah yang dikenal pasti dengan tujuan menambah  baik
               amalan dan menggalakkan para guru membuat refleksi diri terhadap pengajaran
               harian mereka (Stringer 2008). Proses tindakan model ini dapat dilihat melalui
               Rajah 1 berikut.



                                                     Merancang
                                                 -Rancang tindakan       Bertindak
                                                tamb  ah baik amalan    Melaksanakan
                                                   pengajaran
                                                     -Rancang          Stop n Stick dan
                                                                          aktiviti

                                                penggunaan Stop n        berkaitan
                                                     Stick


                                                     Merefleks
                            Kitaran              -Membuat refleksi      Memerhati

                           seterusnya              dan penilaian       -Kumpul data

                                                 terhadap tindakan      pelaksanaan

                                                  yang dijalankan       Stop n Stick



                       Rajah 1:  Proses Kajian Tindakan Adaptasi dari Lewin (1946)
                                          dan Laidlaw (1992)
                                                                                   142
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152