Page 148 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 148
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Kitaran kajian tindakan yang boleh diulang memberi peluang kepada pengkaji
untuk meneroka aktiviti PdPc yang baharu dan lebih praktikal dalam konteks
pengajaran kelas yang sebenar. Kajian tindakan ini adalah berlandaskan pada
model kajian tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang meliputi 1
kitaran dan mempunyai lima langkah iaitu mengenal pasti masalah, merancang,
bertindak, memerhati dan merefleks.
Oleh itu, saya menjalankan kajian ini ke atas 23 orang pelajar Semester 1
bermula dari mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
mempelajari Bab 2: Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya saya merancang
tindakan yang akan dilaksanakan iaitu penggunaan kaedah Stop n Stick dan
bertindak melaksanakannya dalam sesi PdPc. Saya mengutip data kajian dan
memerhati bagaimana respons pelajar setelah kajian dilaksanakan. Akhir sekali
saya membuat refleksi dan menilai kembali kajian yang telah saya jalankan.
1. Mengenal pasti Masalah
Mengenal pasti masalah kajian ini meliputi perkara seperti berikut:
1.1. Pemerhatian
Sebagai langkah memahami permasalahan kajian, saya membuat pemerhatian
selama dua minggu iaitu bermula pada 1 Julai hingga 13 Julai 2019. Tajuk yang
terlibat ialah Bab 2 Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan. Kebanyakan
pelajar kelihatan memahami kandungan pelajaran yang disampaikan. Walau
bagaimanapun, apabila disoal di akhir sesi, mereka kelihatan kurang
berkeyakinan yang dipercayai akibat kurang faham. Berikut merupakan paparan
dapatan pemerhatian yang saya jalankan.
Jadual 2: Paparan Dapatan Pemerhatian
Bab/ Tajuk Tarikh Masa Pemerhatian
1 Julai 10.10 – Pelajar pertama dan kedua mengambil masa 3-4 minit
(Isnin) 10.50 pagi untuk menjawab soalan kefahaman.
Bab 2 : 3 Julai 2.30 – 3.10 Pelajar ketiga dan keempat menjawab dengan ragu-
(Rabu) petang ragu dan kurang jelas.
Perlembagaan
5 Julai 9.00 – 9.40 Tiga orang pelajar yang lain dapat menjawab dengan
Persekutuan (Jumaat) pagi bantuan guru.
8 Julai 10.10 – Guru memberi soalan berbentuk hujahan.
(Isnin) 10.50 pagi Walaubagaimanapun, ia kelihatan sukar dijawab.
Akhirnya, lima orang pelajar berjaya melepasi soalan
tersebut setelah guru menukar kepada soalan struktur
yang lebih rendah arasnya.
10 Julai 2.30 – 3.10 Kebanyakan pelajar mengambil masa hingga 5 minit
(Rabu) petang untuk menjawab soalan kefahaman dan huraian.
Guru memberikan kuiz kefahaman (Ujian Pra).
12 Julai 9.00 – 9.40
(Jumaat) pagi Pelajar boleh menjawab dengan keputusan yang
sederhana.
143

