Page 145 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 145
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
students and through the results of the Summative Test 1 conducted it was found
that only one of them got a Grade Point Average (GPA) above 3.00. After this
method was used, a total of 12 students obtained a GPA above 3.00 in the final
examination of Semester 1. In addition, I also interviewed 23 students about the
effectiveness of this method. Through this method as well, I was able to improve
the quality of teaching in this subject.
Keywords: Stop n Stick, Form Six Centre (Tahfiz), Tasmi’, presentation, GPA
above 3.00.
PENDAHULUAN
Subjek Pengajian Am merupakan suatu disiplin ilmu yang merangkumi
pengetahuan mengenai tadbir urus negara, sistem pemerintahan, penggubalan
undang-undang, pembentukan dasar kerajaan sehinggalah kepada pengetahuan
untuk mentafsir keadaan ekonomi negara. Ia merupakan subjek wajib Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mesti dikuasai oleh pelajar. Suatu
kelebihan bagi pelajar SMKA Putrajaya ialah mereka merupakan pelajar aliran
tahfiz yang memiliki kemahiran mengingat yang cemerlang. Walau
bagaimanapun, saya mendapati bahawa kebanyakan daripada mereka agak sukar
untuk menghuraikan kembali fakta-fakta yang dipelajari. Ini dapat dilihat
daripada penilaian yang dijalankan setiap kali selesai PdPc di mana mereka akan
mengambil sedikit masa untuk menyatakan jawapan dan huraian. Mereka juga
kelihatan kurang yakin ketika mengeluarkan idea. Keadaan ini membuatkan saya
merasa terpanggil untuk mengetahui faktor yang mendorong kelakuan seperti ini.
Latar Belakang Kajian
Setelah melakukan pemerhatian dan temu bual, saya mendapati bahawa
sebahagian besar pelajar Tingkatan 6 pusat ini berlatarbelakangkan aliran tahfiz
yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara ‘fast track’
iaitu suatu cara yang membolehkan mereka menduduki SPM tanpa penegasan
untuk memiliki kemahiran kognitif dan generik. Oleh itu, saya harus memikirkan
kaedah terbaik yang dapat membantu meningkatkan kefahaman dan seterusnya
membantu mereka menjawab soalan dengan lebih berkesan sekaligus dapat
membantu mereka untuk meningkatkan penguasaan terhadap topik-topik di
dalam mata pelajaran ini.
Memandangkan mereka berlatarbelakangkan kemahiran menghafaz al-Quran
yang biasa menggunakan kaedah Tasmi’ iaitu memperdengarkan hafazan di
hadapan guru Al-Quran, maka, saya menggabungjalinkan kaedah pembentangan
dan Tasmi’ iaitu Stop n Stick. Kaedah ini diharapkan mampu memberi semua
kelebihan pembentangan dan Tasmi’ kepada mereka dan sekaligus melonjakkan
140

