Page 150 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 150
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
dipelajari. Berdasarkan data tersebut, hanya 16 orang pelajar yang berjaya
mengingat Takrif dan Konsep Perlembagaan Persekutuan dan Kepentingan
Perlembagaan iaitu mewakili 69.6% daripada jumlah peratusan 23 orang pelajar
kelas 6 Asy-Syatibi. Manakala bagi Konsep Ketertinggian Perlembagaan,
Peruntukan Utama Perlembagaan dan Sistem Pemerintahan, hanya 15 orang
yang berjaya menguasainya iaitu sebanyak 65.2%. Hasil keseluruhan data awal
kajian menunjukkan lebih separuh daripada keseluruhan pelajar boleh dan
mampu memahami serta mengingati fakta penting dan ini boleh membantu
memudahkan pelaksanaan kaedah yang bakal saya jalankan.
1.3 Temu bual
Temubual bertujuan untuk mendapat maklum balas pelajar terhadap pendekatan
kaedah Stop n Stick. Proses temu bual telah dilakukan sebelum dan selepas
pelaksanaan kaedah tersebut. Sebelum kaedah Stop n Stick dijalankan, saya telah
menemubual kesemua 23 orang pelajar dan berdasarkan temubual tersebut,
seramai 18 daripada mereka mengharapkan suatu kaedah yang bukan sahaja
dapat membantu meningkatkan kefahaman, bahkan menyeronokkan. Manakala
baki lima orang pelajar yang lain mencadangkan agar pembelajaran
menggunakan teknologi pembelajaran abad 21. Boleh disimpulkan di sana
bahawa mereka mahukan aktiviti berpusatkan pelajar dan boleh melibatkan
pembelajaran abad 21. Berdasarkan temubual yang dijalankan, para pelajar ini
perlu diberikan perhatian dan bantuan yang lebih daripada guru di sekolah untuk
mencapai keputusan yang baik.
2. Merancang Tindakan
Berdasarkan permasalahan yang berlaku, saya telah merancang untuk
menjalankan kaedah Stop n Stick iaitu gabungan kaedah pembentangan dengan
kaedah Tasmi’ beserta peneguhannya di luar waktu PdPc.
3. Melaksanakan Tindakan
Sebelum perlaksanaan aktiviti kajian ini, saya telah merancang pelaksanaannya
dengan agihan tugasan pembentangan serta memberi taklimat ringkas. Aktiviti
peneguhan juga akan dijalankan jika terdapat pelajar yang memerlukannya.
3.1 Pelaksanaan Aktiviti 1: Memperkenalkan Stop n Stick
Langkah 1: Saya terlebih dahulu telah membuat jadual agihan pembentangan
Stop n Stick secara berkumpulan mengikut sub tajuk di dalam Bab 2 :
Perlembagaan Persekutuan ini. 3 kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli
manakala 2 kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Saya memberi taklimat
ringkas kepada mereka dan memberi masa selama 1 minggu untuk mereka
membuat persediaan.
Langkah 2 : Saya memberi arahan kepada pelajar untuk membuat pembentangan
mengikut sub tajuk yang telah ditetapkan. Sepanjang pembentangan yang
145

