Page 104 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 104
5. PAKAIAN KOKURIKULUM
5.1 Murid wajib berpakaian pasukan badan beruniform seperti yang diarahkan oleh guru
penasihat unit.
5.2 Bagi aktiviti kelab / persatuan dan badan pemimpin murid, murid boleh menggunakan baju
T yang ditempah khas oleh unit berkenaan. Walau bagaimanapun baju T tersebut
hendaklah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
5.3 Bagi badan beruniform murid amat digalakkan memakai pakaian lengkap unit masing-
masing (bukan baju T) pada setiap hari rabu.
5.4 Murid hendaklah berkasut yang ditetapkan oleh unit masing-masing dan tidak dibenarkan
memakai selipar atau terompah.
5.5 Pakaian bagi aktiviti kokurikulum di luar kawasan sekolah juga tertakluk kepada peraturan
ini kecuali mendapat kebenaran Pengetua.
5.6 Murid tidak dibenarkan mengecilkan saiz baju atau seluar pakaian beruniform
6. PERKARA-PERKARA LAIN
6.1 Beg galas yang kecil beg bimbit beg berwarna terang atau “fancy bag” tidak dibenarkan
dibawa ke sekolah
6.2 Murid lelaki yang hadir ke sekolah di luar waktu persekolahan mesti memakai baju T yang
berlogo sekolah, murid perempuan mesti memakai tudung sekolah sahaja
6.3 Murid dilarang menggunakan alat solek dan barang kemas termasuk barang kemas bukan
emas. Murid juga dilarang memakai stokin tangan
6.4 Murid dan bekas murid yang berurusan dengan pihak sekolah pada bila-bila masa sahaja
mesti berpakaian kemas seperti berbaju kemeja, berseluar panjang bukan jeans dan
berkasut. Penampilan paras rupa juga perlu kemas dan bersih.
6.5 Murid dilarang keras membawa telefon bimbit dan permainan elektronik ke sekolah.
Sekiranya engkar alatan tersebut akan dirampas dan hanya ibu bapa sahaja boleh
menuntut pada hujung tahun.
6.6 Sekiranya murid terlibat dalam kes displin yang berat, tindakan berikut akan diambil:
6.6.1 Ibu bapa akan dipanggil ke sekolah, murid boleh digantung persekolahan
sehingga 14 hari sebelum dibuang sekolah.
6.6.2 Murid diberi sesi kaunseling.
6.6.3 Murid tidak dibenarkan mewakili aktiviti di luar kawasan sekolah sehingga
berlaku perubahan tingkah laku.
6.6.4 Nama murid akan diumumkan di perhimpunan dengan tujuan murid ini
dapat dibantu oleh warga sekolah.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 87

